link : Teddy Geiger kini seorang wanita!
Teddy Geiger kini seorang wanita!
PENYANYI Teddy Geiger membuat kejutan apabila dia membuat kemunculan pada Anugerah BMI Pop 2018 di Beverly Hills pada Selasa lalu sebagai seorang wanita.
People melaporkan Teddy yang popular menerusi lagu For You I Will mendedahkan imej terbaharunya selepas enam bulan mengumumkan dia adalah seorang transgender Oktober tahun lalu.
Teddy, 29, menjadi tumpuan apabila hadir menggayakan gaun berwarna hitam lengkap dengan kasut tumit tinggi dari warna sama.
Bagi melengkapkan gayanya itu, Teddy turut menjinjing tas tangan selain mengenakan solekan tipis.
Selain bergelar penyanyi, Teddy juga adalah seorang komposer dan pernah menggubah lagu untuk Shawn Mendes berjudul Mercy dan There’s Nothing Holdin Me Back.
Selain Shawn, Teddy juga pernah menghasilkan lagu untuk Maroon 5, One Direction, Tiesto, Empire of the Sun dan James Blunt.
The post Teddy Geiger kini seorang wanita! appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Teddy Geiger kini seorang wanita!
Anda sekarang membaca artikel Teddy Geiger kini seorang wanita! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/teddy-geiger-kini-seorang-wanita.html