Uqasha tak khayal, Nelydia jadi mangsa buli netizen

Uqasha tak khayal, Nelydia jadi mangsa buli netizen - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Uqasha tak khayal, Nelydia jadi mangsa buli netizen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Uqasha tak khayal, Nelydia jadi mangsa buli netizen
link : Uqasha tak khayal, Nelydia jadi mangsa buli netizen

Baca juga


Uqasha tak khayal, Nelydia jadi mangsa buli netizen

AKTRES Nelydia Senrose menjadi mangsa serangan netizen di laman sosial Instagram selepas kakaknya iaitu Uqasha Senrose menutup ruangan komen pada malam Ahad.

Foto terbaharu yang dimuat naik pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu itu menjadi tempat perbalahan netizen berkaitan berita penangkapan seorang wanita yang mengaitkan Uqasha.

Hampir 1,000 komen yang rata-ratanya memberi kata-kata negatif membanjiri foto pelakon tersebut sejak pagi Isnin.

Segelintir peminatnya pula meminta aktres itu menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbelahan berterusan.

Dalam pada itu, foto berada di balai polis dan maklumat peribadi pelakon itu menjadi tular di media sosial.
Bagaimanapun, Uqasha menerusi satu laporan sebuah portal memberitahu ujian air kencing membuktikan dia tidak berada dalam keadaan khayal seperti dilaporkan.

Dia juga tidak menolak terdapat unsur sabotaj terhadap dirinya.

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita seorang pelakon popular ditahan polis selepas ditemui dalam keadaan khayal berserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji dalam tas tangan miliknya pada Ahad.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dadah yang ditemui dianggarkan bernilai RM660 selain ujian saringan awal air kencing terhadap aktres itu juga didapati negatif.
Tambah Mazlan, kes itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Sumber polis berkata, artis itu yang berasal dari Kelantan dipercayai melanggar kenderaan seorang lelaki Cina di Taman Tun Dr Ismail di sini sebelum lelaki tersebut menghubungi pihak polis kira-kira pukul 11.45 pagi.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

The post Uqasha tak khayal, Nelydia jadi mangsa buli netizen appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Uqasha tak khayal, Nelydia jadi mangsa buli netizen

Sekianlah artikel Uqasha tak khayal, Nelydia jadi mangsa buli netizen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Uqasha tak khayal, Nelydia jadi mangsa buli netizen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/uqasha-tak-khayal-nelydia-jadi-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :