link : Hentikan amalan 'surat sokongan' - Syed Saddiq
Hentikan amalan 'surat sokongan' - Syed Saddiq
MUAR: Ketua Pemuda PPBM hari ini mahu penggunaan surat sokongan (untuk urusan perniagaan) daripada kerajaan diperhalusi dan sekiranya boleh, terus dihentikan bagi membendung salah guna kuasa dalam kalangan parti serta kakitangan kerajaan.
Syed Saddiq Abdul Rahman meminta penjawat awam lebih berani untuk tidak menerima atau membuat sebarang sokongan yang melanggar perundangan.
“PM (Perdana Menteri) dah katakan kalau ada elemen salah guna kuasa atau perkara tersebut bertindih dengan undang-undang sedia ada, penjawat awam kena berani bersuara.
“Jangan terima perkara ini, kerana salah tetap salah, tambahan penjawat awam merupakan benteng kerajaan,” katanya selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan berlaku skandal bazar Ramadan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang melibatkan pemimpin Pemuda PPBM.
Dalam skandal itu, pemimpin terbabit didakwa menyalahgunakan pengaruh politiknya bagi mendapatkan 80 tapak bazar Ramadan di Jalan Masjid India dan menyewakannya semula sehingga RM5,000 satu lot bagi mengaut keuntungan keseluruhan kira-kira RM400,000.
Menurut Syed Saddiq beliau dimaklumkan kejadian itu berhubung kait dengan budaya surat sokongan dan oleh itu laporan polis dibuat oleh Biro Integriti Pemuda PPBM bagi memastikan siasatan secara mendalam dijalankan.
Ini seiring dengan ketegasan kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) mahu menghapuskan gejala rasuah dan penyelewengan kuasa di peringkat parti dan kerajaan.
“Kita hendak ia disiasat sampai ke lubang cacing.
Kalau ada elemen penyelewengan dan salah guna kuasa, kita tidak akan mmpertahankan mereka yang berada di pihak yang salah,” katanya.

loading...
Demikianlah Artikel Hentikan amalan 'surat sokongan' - Syed Saddiq
Sekianlah artikel Hentikan amalan 'surat sokongan' - Syed Saddiq kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hentikan amalan 'surat sokongan' - Syed Saddiq dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/06/hentikan-amalan-surat-sokongan-syed.html