Guru berpolitik jangan sampai abai pelajar

Guru berpolitik jangan sampai abai pelajar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru berpolitik jangan sampai abai pelajar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru berpolitik jangan sampai abai pelajar
link : Guru berpolitik jangan sampai abai pelajar

Baca juga


Guru berpolitik jangan sampai abai pelajar

MUAR 3 Julai – Golongan pendi­dik yang ingin menyertai politik secara langsung termasuk memegang jawatan dalam parti diingatkan agar tidak mengabaikan tugas hakiki sebagai guru.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, terdapat peraturan sebagai kakitangan kerajaan yang perlu dipatuhi mereka.
Menurutnya, mereka perlu me­­­­nyelesaikan tanggungjawab se­­bagai guru terlebih dahulu sebe­lum melaksanakan tugas de­ngan parti politik yang disertai.

“Saya tahu ada dalam kalangan mereka yang berkempen untuk parti masing-masing, tetapi saya minta maklumkan jika ada guru yang aktif kempen sampai tak masuk kelas, tak pegang buku rekod dan sebagainya.

“Peringatan ini merangkumi semua parti politik termasuk dalam Pakatan Harapan sendiri, kita akan ambil tindakan jika ada yang ingkar,” katanya selepas me­rasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri Ke-47 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif.

Tambah Aminolhuda, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pengetua serta Guru Besar boleh membuat laporan secara terus kepada beliau dan pengarah sekiranya terdapat guru yang mengabaikan tugasnya demi politik.

“Kita boleh mengambil tindakan yang diperuntukkan seperti mengeluarkan surat amaran untuk kali pertama dan tindakan-tindakan lain bergantung kepada tahap kesalahan mereka.

“Apa yang penting saya tidak mahu pelajar atau murid tidak diberi perhatian sepatutnya ekoran guru yang lebih aktif berpolitik berbanding tugas mengajar mereka,” katanya.

Terdahulu, Aminolhuda me­nyampaikan Anugerah Tokoh Ke­pimpinan Pendidikan kepada Sith Buntat atas sumbangan dan khidmat baktinya ketika bertugas dahulu dan Anugerah Tokoh Guru kepada Tumiran Parlan.

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru berpolitik jangan sampai abai pelajar

Sekianlah artikel Guru berpolitik jangan sampai abai pelajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru berpolitik jangan sampai abai pelajar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/07/guru-berpolitik-jangan-sampai-abai.html

Subscribe to receive free email updates: