Kaum Cina turut terjejas jika iktiraf UEC - Kok Seong

Kaum Cina turut terjejas jika iktiraf UEC - Kok Seong - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kaum Cina turut terjejas jika iktiraf UEC - Kok Seong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kaum Cina turut terjejas jika iktiraf UEC - Kok Seong
link : Kaum Cina turut terjejas jika iktiraf UEC - Kok Seong

Baca juga


Kaum Cina turut terjejas jika iktiraf UEC - Kok Seong

KUALA LUMPUR 10 Julai - Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya akan menguntungkan segelintir kaum Cina di negara ini dan bukannya untuk kepentingan kaum itu secara keseluruhan.
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, jika UEC diiktiraf terutama untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan kemasukan ke sektor awam, ia sudah tentu akan menjejaskan peluang pelajar-pelajar Cina di aliran kebangsaan.

Katanya, ramai yang tidak menyedari, dengan mengiktiraf UEC, peluang anak-anak Cina daripada aliran kebangsaan untuk mendapat tempat di IPTA dan sektor awam akan terjejas kerana mereka terpaksa bersaing dengan pelajar UEC.

“Pengiktirafan kerajaan terhadap UEC bermakna pelajar aliran vernakular swasta Cina kini boleh memohon masuk ke IPTA yang yurannya jauh lebih murah. Mereka juga mahu masuk ke sektor awam yang mempunyai banyak kelebihan berbanding sektor swasta.

“Tidak timbul di sini soal keadilan, kesaksamaan atau meritokrasi kerana peluang untuk mereka (lepasan UEC) sentiasa ada di sektor swasta kerana yang rugi adalah pelajar Cina daripada aliran kebangsaan.

“Bahkan, mereka (lepasan UEC) juga boleh menyertai sektor awam setelah melalui proses-proses peralihan dan jika mahu dikatakan mengenai keadilan, mereka perlu tahu bahawa tuntutan itu bakal menyebabkan peluang pendidikan tinggi dan pekerjaan anak-anak Cina dari aliran Kebangsaan terjejas. Adakah ini yang mereka mahu lihat,” soal beliau.

Tambah Kok Seong, pihak-pihak yang mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf UEC bagai menahan lukah di tebingan dan cuba mengambil peluang daripada perubahan politik semasa untuk kepentingan mereka.

Beliau menegaskan, apa yang penting ketika ini ialah usaha untuk memperkasakan lagi Dasar Pendidikan Negara (DPK) bagi mewujudkan pelajar holistik yang mampu membina masyarakat yang benar-benar bersatu.

Tambah beliau, permintaan yang hanya menumpukan kepentingan sebelah pihak seperti tuntutan pengiktirafan UEC sepatutnya tidak dilayan kerana tindakan itu hanya akan merugikan negara di masa hadapan.

Sumber- UTUSAN ONLINE

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kaum Cina turut terjejas jika iktiraf UEC - Kok Seong

Sekianlah artikel Kaum Cina turut terjejas jika iktiraf UEC - Kok Seong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kaum Cina turut terjejas jika iktiraf UEC - Kok Seong dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/07/kaum-cina-turut-terjejas-jika-iktiraf.html

Subscribe to receive free email updates: