link : Sekolah Menengah Persendirian Cina kini akan dapat peruntukan - Maszlee
Sekolah Menengah Persendirian Cina kini akan dapat peruntukan - Maszlee
Selepas dikritik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berjanji menyediakan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) melalui peruntukan kerajaan persekutuan, lapor beberapa akhbar harian Cina semalam.
Akhbar terbabit memetik satu kenyataan daripada Maszlee merujuk kepada jawapan bertulis parlimen kepada Anggota Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dari MCA.
Sebelum itu Wee bertanya mengenai mekanisme meliputi operas dan perbelanjaan pembangunan SMPC.
Maszlee menjelaskan SMPC tidak mendapat peruntukan bagi membayar gaji guru kerana institusi itu bukan bertaraf sekolah kerajaan.
"Peruntukan operasi melibatkan perbelanjaan dalaman kerajaan. Kebanyakan peruntukan adalah untuk emolumen kakitangan awam dan guru.
"Disebabkan SMPC bukan sekolah awam atau di bawah bidang kuasa kementerian dan guru-gurunya bukan kakitangan awam, kementerian tidak boleh menggunakan peruntukan operasinya untuk SMPC, sekolah agama persendirian dan agensi pendidikan swasta lain," katanya.
Menurut Maszlee kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap SMPC.
Katanya ia dapat dilihat di Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Johor apabila kerajaan HARAPAN menyediakan peruntukan kewanngan kepada SMPC berdasarkan kemampuannya.
Mengenai peruntukan di peringkat persekutuan, Maszlee berkata, peruntukan kerajaan HARAPAN kepada SMPC akan dimasukkan ke pelan kewangan holistik kebagsaan dalam bentuk perbelanjaan pembangunan.
"Berdasarkan kepada prestasi ekonomi keseluruhan, kami akan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi memutuskan keperluan dan bentuk peruntukan," katanya.
Kenyataan Maszlee turut disiarkan akhbar Sinchew Daily, Oriental Daily, Kwong Wah Jit Poh, Guang Ming Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan The Malaysian Insight (edisi bahasa Cina).
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching turut mengongsi kenyataan Maszlee yang disiarkan Oriental Daily dan Sinchew Daily di Facebooknya.
Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapati tiada media berbahasa Melayu atau Inggeris memuatkan kenyataan itu semasa berita ini ditulis.
Malaysiakini turut menghubungi pejabat Maszlee untuk mengesahkan kesahinan kenyataan itu. Bagaimanapun pegawai yang dihubungi meminta Malaysiakini menunggu jawapan balas mereka.
Terdahulu Maszlee dikritik dua anggota parlimen DAP, Wong Kah Woh (Ipoh Timur) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow.
Menurut Wong pendirian kerajaan itu sama dengan sikap ditunjukkan kerajaan BN sebelum ini.
Sumber : Malaysiakini

loading...
Demikianlah Artikel Sekolah Menengah Persendirian Cina kini akan dapat peruntukan - Maszlee
Sekianlah artikel Sekolah Menengah Persendirian Cina kini akan dapat peruntukan - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sekolah Menengah Persendirian Cina kini akan dapat peruntukan - Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/07/sekolah-menengah-persendirian-cina-kini.html