Selain SMPC, beri juga peruntukan kepada Institusi Tahfiz & Sekolah Agama Rakyat

Selain SMPC, beri juga peruntukan kepada Institusi Tahfiz & Sekolah Agama Rakyat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selain SMPC, beri juga peruntukan kepada Institusi Tahfiz & Sekolah Agama Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selain SMPC, beri juga peruntukan kepada Institusi Tahfiz & Sekolah Agama Rakyat
link : Selain SMPC, beri juga peruntukan kepada Institusi Tahfiz & Sekolah Agama Rakyat

Baca juga


Selain SMPC, beri juga peruntukan kepada Institusi Tahfiz & Sekolah Agama Rakyat

KUALA LUMPUR 27 Julai - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk turut mempertimbangkan peruntukan kewangan kepada sekolah-sekolah swasta lain termasuk institusi tahfiz dan sekolah agama rakyat.
Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, jika kerajaan berhasrat memberikan peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebagai sebahagian daripada belanjawan pembangunan kerajaan Persekutuan, kerajaan juga tidak seharusnya menidakkan bantuan kewangan kepada sekolah swasta di bawah institusi pendidikan agama.

“ABIM menggesa kerajaan PH membuat pertimbangan serius untuk memberikan peruntukan tahunan serta layanan yang sama kepada sekolah swasta lain dalam pelan holistik kewangan negara terutama dalam perbelanjaan pembangunan kerana banyak sekolah swasta agama yang lebih memerlukan.

“Kerajaan tidak seharusnya menidakkan bantuan kewangan kepada sekolah swasta termasuk institusi tahfiz dan sekolah agama rakyat terutama yang menggunakan kurikulum kebangsaan dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara serta silibus yang selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa kementerian itu tidak menyediakan peruntukan kewangan kepada SMPC dan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Namun Maszlee kemudiannya berkata, peruntukan kerajaan PH kepada SMPC akan dimasukkan ke pelan kewangan holistik kebangsaan dalam bentuk perbelanjaan pembangunan namun keperluan dan bentuk peruntukan itu akan diputuskan berdasarkan kepada prestasi ekonomi keseluruhan serta selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan.

Sumber- UTUSAN ONLINE

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Selain SMPC, beri juga peruntukan kepada Institusi Tahfiz & Sekolah Agama Rakyat

Sekianlah artikel Selain SMPC, beri juga peruntukan kepada Institusi Tahfiz & Sekolah Agama Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selain SMPC, beri juga peruntukan kepada Institusi Tahfiz & Sekolah Agama Rakyat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/07/selain-smpc-beri-juga-peruntukan-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: