link : Guru maut kemalangan ketika hantar kertas jawapan UPSR
Guru maut kemalangan ketika hantar kertas jawapan UPSR
Imej via K! Online |
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Arrzahara Affendi, 28, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Lawas.
Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, rakan setugas mangsa yang berusia 24 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan.
Menurutnya, sebelum kejadian, kedua-dua guru terbabit dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar kertas jawapan UPSR dari arah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Trusan menuju ke Wisma Persekutuan di sini.
"Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu guru lelaki tersebut dikatakan hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan sebelum terbakar.
"Impak kemalangan tersebut telah mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, Abang Zainal memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Katanya, kereta berkenaan dipercayai dipandu oleh guru lelaki tersebut sehingga menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan itu lalu terbabas dan terbakar.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya lagi.
Sumber- K! ONLINE
loading...
Demikianlah Artikel Guru maut kemalangan ketika hantar kertas jawapan UPSR
Sekianlah artikel Guru maut kemalangan ketika hantar kertas jawapan UPSR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru maut kemalangan ketika hantar kertas jawapan UPSR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/09/guru-maut-kemalangan-ketika-hantar.html