link : Hampir 5,000 guru KAFA boleh diserap ke jawatan tetap
Hampir 5,000 guru KAFA boleh diserap ke jawatan tetap
PUTRAJAYA 20 Sept. - Kira-kira 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mempunyai kelayakan diploma dan ijazah akan dilantik ke jawatan tetap sejajar dengan usaha kerajaan membela kebajikan golongan guru tersebut.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, bagi yang mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), mereka diberi tempoh dua tahun untuk mengambil kursus tambahan bagi melayakkan ke jawatan yang diperlukan.
Dalam usaha itu katanya, kementerian akan menawarkan kursus diploma kepada guru-guru yang belum mempunyai sebarang kursus tambahan bagi menaik taraf status mereka.
“Mungkin dalam enam bulan pertama kita akan serapkan (mereka) yang sudah cukup kelayakan diploma dan ada ijazah, tetapi yang lain-lain (tiada kursus) kita beri masa dua tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sebuah pusat kaunseling untuk orang ramai iaitu Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK Care Centre) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), di sini hari ini.
Fuziah pada Ogos lalu ketika sidang Dewan Rakyat memaklumkan Jakim sedang membuat satu kajian untuk menaik taraf status guru KAFA antaranya dilantik menjadi penjawat tetap dalam perjawatan.
Sumber-UTUSAN ONLINE.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, bagi yang mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), mereka diberi tempoh dua tahun untuk mengambil kursus tambahan bagi melayakkan ke jawatan yang diperlukan.
“Mungkin dalam enam bulan pertama kita akan serapkan (mereka) yang sudah cukup kelayakan diploma dan ada ijazah, tetapi yang lain-lain (tiada kursus) kita beri masa dua tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sebuah pusat kaunseling untuk orang ramai iaitu Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK Care Centre) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), di sini hari ini.
Fuziah pada Ogos lalu ketika sidang Dewan Rakyat memaklumkan Jakim sedang membuat satu kajian untuk menaik taraf status guru KAFA antaranya dilantik menjadi penjawat tetap dalam perjawatan.
Sumber-UTUSAN ONLINE.
loading...
Demikianlah Artikel Hampir 5,000 guru KAFA boleh diserap ke jawatan tetap
Sekianlah artikel Hampir 5,000 guru KAFA boleh diserap ke jawatan tetap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hampir 5,000 guru KAFA boleh diserap ke jawatan tetap dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/09/hampir-5000-guru-kafa-boleh-diserap-ke.html