KPM disyor kaji insentif galakkan guru bersemangat mengajar

KPM disyor kaji insentif galakkan guru bersemangat mengajar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPM disyor kaji insentif galakkan guru bersemangat mengajar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPM disyor kaji insentif galakkan guru bersemangat mengajar
link : KPM disyor kaji insentif galakkan guru bersemangat mengajar

Baca juga


KPM disyor kaji insentif galakkan guru bersemangat mengajar

Imej via Google Image
KANGAR 3 Sept. - Kementerian Pendidikan disyorkan supaya melakukan kajian untuk memberi insentif dan galakan kepada para guru untuk memotivasikan lagi golongan itu hadir ke sekolah pada setiap hari.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara yang boleh dilakukan ialah memberi kelebihan masa rehat atau cuti, prasarana yang baik atau mewujudkan sistem guru pembantu.
Titah baginda, selain itu, mewujudkan waktu persekolahan ala pejabat, menyediakan kokurikulum yang lebih berfokus dan memastikan jumlah pelajar yang kecil di dalam kelas-kelas.

“Beta yakin pelbagai kaedah sudah dibuat untuk memberi semangat kepada murid-murid hadir ke sekolah pada setiap hari, namun adakah perkara sama (motivasi) turut dilakukan kepada guru-guru?

“Tidak semestinya insentif ini hanya boleh dilaksanakan melalui ganjaran kewangan sahaja seperti penambahan gaji, elaun atau imbuhan sahaja,” titah baginda.

Demikian titah baginda selepas berkenan menyerahkan perutusan penghargaan dan terima kasih oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terhadap Imam Masjid As-Sakinah, Kampung Padang Melangit, Kasim Ahmad yang akan bersara selepas berkhidmat lebih 30 tahun.

Majlis ringkas itu diadakan di perkarangan Masjid Kampung Abi Batas Paip di sini, semalam.

Berangkat sama anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra seterusnya bertitah, sesuatu juga harus dilakukan bagi memastikan bahawa profesion perguruan merupakan pilihan kerjaya pertama dan bukannya hanya semata-mata untuk mendapat pekerjaan.

“Perlu diingat bahawa guru-guru adalah golongan yang penting di dalam sesuatu negara dan masyarakat kerana pada merekalah generasi akan datang terbina.

“Sistem pendidikan negara, oleh itu, haruslah memberi fokus tentang ciri-ciri generasi yang bagaimanakah untuk dilahirkan pada masa depan bagi mewujudkan negara gemilang,” titah baginda lagi.

Dalam pada itu, walaupun tidak lagi menjadi imam, Kasim akan terus berkhidmat sebagai amil MAIPs dan juru nikah selain mengajar kelas-kelas agama.

Sumber - UTUSAN ONLINE
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KPM disyor kaji insentif galakkan guru bersemangat mengajar

Sekianlah artikel KPM disyor kaji insentif galakkan guru bersemangat mengajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPM disyor kaji insentif galakkan guru bersemangat mengajar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/09/kpm-disyor-kaji-insentif-galakkan-guru.html

Subscribe to receive free email updates: