link : Cuti sekolah disaran berperingkat ikut negeri
Cuti sekolah disaran berperingkat ikut negeri
GEORGETOWN - Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan akan mencadangkan supaya cuti sekolah dibuat secara berperingkat bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.
Timbalan Menterinya Bakhtiar Wan Chik berkata, pihaknya sedang merangka cadangan itu yang akan dikemukakan kepada kepada Kementerian Pendidikan, yang dicadang melibatkan cuti sekolah yang biasa diberikan pada bulan Mac, Jun dan September sahaja.
“Kami sedang mengumpul data dari pihak hotel dan pengusaha sektor pelancongan sebelum berbincang dengan Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Arkeologi Negara keempat di sini hari ini.
Katanya cadangan itu tidak akan melibatkan cuti sekolah di hujung tahun memandangkan tempoh cuti yang panjang itu seragam buat semua negeri.
Advertisement
"Dengan cuti sekolah secara berperingkat, kawasan tumpuan pelancong dalam negara akan menerima jumlah kunjungan pelancong lebih sekata sepanjang masa, dan bukannya seperti keadaan sekarang apabila keadaan menjadi terlalu sesak menjelang tiba cuti sekolah,” tambahnya.
Bakhtiar berkata cadangannya adalah supaya cuti sekolah bagi tiga penggal pertama persekolahan dibuat secara berperingkat mengikut negeri dalam usaha dalam mengurangkan kesesakan kehadiran pelancong tempatan pada satu tempoh tertentu sahaja.
“Mungkin kita boleh bahagikan negeri di kawasan utara, selatan dan pantai timur supaya tempoh minggu cuti sekolah di negeri ini berbeza antara satu sama lain,” katanya.
Menurutnya langkah itu tidak akan melibatkan banyak masalah kerana ketika ini juga ada beberapa negeri seperti Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu melaksanakan cuti hujung minggu yang berbeza dengan negeri lain iaitu Jumaat dan Sabtu.
“Semasa cuti sekolah, kebanyakan tempat tumpuan pelancong sesak. Contohnya jika kita lihat Melaka dan Cameron Highlands semasa cuti sekolah, tempat ini amat sesak,” katanya.
Katanya beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat dan Australia juga sudah menggunapakai pendekatan ini bagi mengelak kesesakan pelancong.- Bernama
Timbalan Menterinya Bakhtiar Wan Chik berkata, pihaknya sedang merangka cadangan itu yang akan dikemukakan kepada kepada Kementerian Pendidikan, yang dicadang melibatkan cuti sekolah yang biasa diberikan pada bulan Mac, Jun dan September sahaja.
Katanya cadangan itu tidak akan melibatkan cuti sekolah di hujung tahun memandangkan tempoh cuti yang panjang itu seragam buat semua negeri.
Advertisement
"Dengan cuti sekolah secara berperingkat, kawasan tumpuan pelancong dalam negara akan menerima jumlah kunjungan pelancong lebih sekata sepanjang masa, dan bukannya seperti keadaan sekarang apabila keadaan menjadi terlalu sesak menjelang tiba cuti sekolah,” tambahnya.
Bakhtiar berkata cadangannya adalah supaya cuti sekolah bagi tiga penggal pertama persekolahan dibuat secara berperingkat mengikut negeri dalam usaha dalam mengurangkan kesesakan kehadiran pelancong tempatan pada satu tempoh tertentu sahaja.
“Mungkin kita boleh bahagikan negeri di kawasan utara, selatan dan pantai timur supaya tempoh minggu cuti sekolah di negeri ini berbeza antara satu sama lain,” katanya.
Menurutnya langkah itu tidak akan melibatkan banyak masalah kerana ketika ini juga ada beberapa negeri seperti Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu melaksanakan cuti hujung minggu yang berbeza dengan negeri lain iaitu Jumaat dan Sabtu.
“Semasa cuti sekolah, kebanyakan tempat tumpuan pelancong sesak. Contohnya jika kita lihat Melaka dan Cameron Highlands semasa cuti sekolah, tempat ini amat sesak,” katanya.
Katanya beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat dan Australia juga sudah menggunapakai pendekatan ini bagi mengelak kesesakan pelancong.- Bernama
loading...
Demikianlah Artikel Cuti sekolah disaran berperingkat ikut negeri
Sekianlah artikel Cuti sekolah disaran berperingkat ikut negeri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cuti sekolah disaran berperingkat ikut negeri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/10/cuti-sekolah-disaran-berperingkat-ikut.html