Giliran guru nilai pentadbir?

Giliran guru nilai pentadbir? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Giliran guru nilai pentadbir?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Giliran guru nilai pentadbir?
link : Giliran guru nilai pentadbir?

Baca juga


Giliran guru nilai pentadbir?

KEMENTERIAN Pendidikan akan menilai cadangan untuk membolehkan pendidik menilai pentadbiran di peringkat sekolah sama ada membabitkan guru besar atau pengetua.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, sebelum ini guru besar dan pengetua hanya dinilai oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) saja untuk membolehkan mereka mencapai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang ditetapkan.
“Sebenarnya, beberapa tahun lalu, ada beberapa agensi kerajaan termasuk di peringkat pengurusan dan pentadbiran ada melakukan penilaian 360 darjah bagi membolehkan pekerja di peringkat bawahan untuk menilai ketua masing-masing.

“Jadi, cadangan ini memang tidak asing untuk dilaksanakan dan kalau boleh kita memang hendak dengar suara pendidik di semua peringkat kerana sebenarnya pendidik dan pentadbir ini saling melengkapi di antara satu sama lain,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata demikian selepas merasmikan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Bersama Komuniti Simpang Renggam di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), di Simpang Renggam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Profesor Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Maszlee bagaimanapun berkata, Kementerian Pendidikan perlu mekanisme dan sistem yang sesuai untuk melaksanakan cadangan itu supaya impak yang berlaku terhadap pentadbiran sekolah akan lebih tersusun.

“Mungkin parameter untuk penilaian kena dibangunkan dan kita juga kena kenal pasti aspek yang akan dinilai dan kita juga mahu penilaian yang telus untuk kenaikan gaji dan pangkat dan guru-guru ini juga golongan yang paling hampir dengan pentadbir.

“Selain itu, kita juga dapat menilai prestasi dan kemampuan guru besar atau pengetua dan jika cadangan ini dilaksanakan, diharap berlakunya peningkatan prestasi kerja secara optimum,” katanya.

Sumber: Harian Metro

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Giliran guru nilai pentadbir?

Sekianlah artikel Giliran guru nilai pentadbir? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Giliran guru nilai pentadbir? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/10/giliran-guru-nilai-pentadbir.html

Subscribe to receive free email updates: