link : Guru & tugas pengkeranian tidak dapat dipisahkan
Guru & tugas pengkeranian tidak dapat dipisahkan
Imej via Google Image |
ISU pendidik di seluruh negara perlu dikecualikan daripada beban tugas perkeranian, memang sudah lama ini diperkatakan.
Walaupun Menteri Pendidikan silih berganti , walaupun Ketua Pengarah Pendidikan turut bertukar, namun tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personal, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data serta maklumat, pengendalian peralatan, komunikasi, pengurusan fail dan banyak lagi, masih terbeban kepada guru.
Guru yang sentiasa bersedia dan tidak sanggup mengingkari arahan Pengarah/Ketua Jabatan biasanya akan diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang’ walaupun menganggotai Jawatankuasa Buku Laporan Tahunan yang hanya menyediakan dan menukarkan jadual takwim persekolahan.
Pada pandangan saya, para pegawai Kementerian Pendidikan sendiri kini terlibat dengan tugas perkeranian yang lebih berbentuk ‘pentadbiran’.
Jadi rasanya, tugas para guru dan pendidik sendiri memang terikat dengan perkeranian dan pentadbiran. Eloknya mentadbirlah dengan baik.
Pendidik tanpa ‘pena atau pensil’ dan kertas adalah umpama mereka yang tidak tahu menggunakan peralatan perkomputeran atau teknologi maklumat dan ini akan menggagalkan hasrat program Pendidikan Abad Ke-21.
Mungkin dengan menambahkan jawatan perkeranian akan dapat membantu institusi pendidikan walaupun pihak kerajaan terpaksa menyediakan kos tambahan untuk tujuan murni ini.
Dalam bidang pendidikan, pendidik memang terpaksa bersama pen dan kertas.
KHERU KHEK
Pendidik
loading...
Demikianlah Artikel Guru & tugas pengkeranian tidak dapat dipisahkan
Sekianlah artikel Guru & tugas pengkeranian tidak dapat dipisahkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru & tugas pengkeranian tidak dapat dipisahkan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/10/guru-tugas-pengkeranian-tidak-dapat.html