#myClassroomLive@Mydin 2018 dekatkan masyarakat dengan bilik darjah

#myClassroomLive@Mydin 2018 dekatkan masyarakat dengan bilik darjah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #myClassroomLive@Mydin 2018 dekatkan masyarakat dengan bilik darjah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #myClassroomLive@Mydin 2018 dekatkan masyarakat dengan bilik darjah
link : #myClassroomLive@Mydin 2018 dekatkan masyarakat dengan bilik darjah

Baca juga


#myClassroomLive@Mydin 2018 dekatkan masyarakat dengan bilik darjah

IPOH 10 Okt. – Jabatan Pendidikan Perak buat julung kalinya bakal membawa pendidikan di kelas ke pusat beli-belah Mydin Meru Raya di sini dalam usaha memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai usaha yang diambil bagi membentuk kemenjadian murid.

Dinamakan sebagai #myClassroomLive@Mydin 2018, inisiatif oleh Sektor Pengurusan Akademik itu antara lain bertujuan memasyarakatkan apa yang berlaku di kelas.

Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan negeri, Rahimah Mohamed berkata, melalui penganjuran program tersebut, ia boleh membuka mata ibu bapa bagi melihat sekiranya anak mereka berminat menjurus kepada subjek berorientasikan kemahiran.

“Jadi, pada 13 Oktober ini di Mydin Meru Raya, kita akan tunjukkan di sekolah juga sebenarnya ada minicure, buat biskut dan rekaan fesyen. Kita juga cuba tonjolkan murid prasekolah di situ.

“Selalunya akademik ini tidak dilihat kerana ibu bapa tidak datang ke kelas. Jadi, kami ingin bawanya kepada masyarakat supaya mereka faham mengenai pengorbanan guru dan sekolah dalam membentuk kemenjadian murid yang telah banyak dilaksanakan,” katanya selepas perasmian Program Kecemerlangan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2018 melibatkan 360 pelajar dari 18 sekolah dalam Parlimen Tambun di Institut Tadbiran Islam (Intim), di sini hari ini.
Program anjuran Yayasan Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perak itu merupakan nilai tambah bagi membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM khususnya bagi mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
ZAINOL FADZI PAHARUDIN (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil sekolah sambil diperhatikan Rahimah Mohamed (kiri) dalam Program Kecemerlangan Sijil Peperiksaan Malaysia 2018 di Ipoh, Perak, semalam. Utusan/Kamal Basir Wahab
Majlis disempurnakan Penasihat Menteri Besar, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Dalam perkembangan ber­lainan, Rahimah berkata, pihaknya berhasrat untuk mengekalkan rekod cemerlang SPM 2017 yang mencatatkan pencapaian terbaik negeri ini dalam tempoh 10 tahun.

“Jabatan Pendidikan Perak tidak hanya memfokuskan kepada bilangan A sahaja, tetapi semua pelajar boleh menguasai tahap yang sepatutnya dikuasai apabila berada di tingkatan lima,” katanya.

Sumber : Utusan

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel #myClassroomLive@Mydin 2018 dekatkan masyarakat dengan bilik darjah

Sekianlah artikel #myClassroomLive@Mydin 2018 dekatkan masyarakat dengan bilik darjah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #myClassroomLive@Mydin 2018 dekatkan masyarakat dengan bilik darjah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/10/myclassroomlivemydin-2018-dekatkan.html

Subscribe to receive free email updates: