Tiada lagi kerja pengkeranian untuk guru bermula Januari 2019

Tiada lagi kerja pengkeranian untuk guru bermula Januari 2019 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada lagi kerja pengkeranian untuk guru bermula Januari 2019, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada lagi kerja pengkeranian untuk guru bermula Januari 2019
link : Tiada lagi kerja pengkeranian untuk guru bermula Januari 2019

Baca juga


Tiada lagi kerja pengkeranian untuk guru bermula Januari 2019

Imej via FB Dr Maszlee
KUALA LUMPUR: Pendidik di seluruh negara akan dikecualikan daripada beban tugas perkeranian, selewat-lewatnya pada Januari depan.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu bertujuan memperkasa profesyen guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.

Beliau berkata, amat merugikan apabila kemahiran dan kepakaran guru tidak dioptimumkan bagi tujuan mengajar, sebaliknya dibebankan dengan tugas perkeranian.

“Pegawai saya kini sedang berusaha sebaik mungkin mengkaji cara untuk meringankan beban guru yang akan dibentangkan kepada saya selewat-lewatnya pada Disember ini.

“Guru tidak perlu melakukan kerja perkeranian lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Maszlee berkata, inisiatif itu bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan guru, yang pernah dianggap sebagai ‘hero’ khususnya di era 80-an.

“Saya mengimpikan supaya kita mengembalikan zaman kegemilangan guru. Generasi lama seperti saya, kami masih ada guru hero yang amat menyayangi kerjaya mereka.

“Guru sayang kita macam anak sendiri, bila mengajar, mereka benar-benar nak kita belajar dan berjaya. Kita kehilangan semua ini kerana guru hari ini dibebankan dengan kerja kerani.

“Kita akan ubah perkara ini dan kembalikan zaman kegemilangan guru. Ia akan dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya.

Sumber: Berita Harian
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiada lagi kerja pengkeranian untuk guru bermula Januari 2019

Sekianlah artikel Tiada lagi kerja pengkeranian untuk guru bermula Januari 2019 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada lagi kerja pengkeranian untuk guru bermula Januari 2019 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/10/tiada-lagi-kerja-pengkeranian-untuk_2.html

Subscribe to receive free email updates: