Guru dukalara tangguh untuk ada anak kerana berjauhan

Guru dukalara tangguh untuk ada anak kerana berjauhan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru dukalara tangguh untuk ada anak kerana berjauhan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru dukalara tangguh untuk ada anak kerana berjauhan
link : Guru dukalara tangguh untuk ada anak kerana berjauhan

Baca juga


Guru dukalara tangguh untuk ada anak kerana berjauhan

Gambar hiasan
JOHOR BAHRU - "Saya masih belum mengandung sehingga kini, susah nak merancang untuk ada anak sebab kekangan masa dan jarak yang jauh macam ini," luah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di bandar raya ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Yana, 29, memberitahu, sejak mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu, sebanyak lima permohonan bertukar tempat mengajar telah dibuat.

Namun, katanya, sehingga kini dia tidak menerima sebarang perkhabaran baik.

"Masuk tahun ini dah lima kali saya mohon. Saya mengajar di sini dan suami pula di Selangor. Selain daripada jauh, masa yang kami ada untuk menghabiskan masa bersama adalah singkat.

"Sampai kami pun susah mahu merancang keluarga, kalau ikutkan memang terasa juga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Yana yang mengajar subjek Pendidikan Seni Visual turut memberitahu, ketetapan hari cuti berbeza dengan suaminya juga menjadi sebab mengapa dia memerlukan pertukaran.

"Cuti hujung minggu kami tidak sama, di sini Jumaat Sabtu, sana pula Sabtu Ahad. Saya memang tidak boleh duduk lama di sana, selalu masa cuma dihabiskan atas bas sahaja, Sabtu pagi dah balik.

"Bila dah jadi macam ini, saya sendiri pun susah nak luangkan masa untuk suami tercinta, malah jarang nak dapat peluang sertai hal keluarga terutamanya belah mertua," katanya.

Selain itu, dia juga berpendapat dengan kehidupan dan kos sara hidup yang dihadapi sekarang, duduk bersama dilihat lebih menjimatkan dan selesa.

"Macam sekarang kos ulang-alik, Johor ke Selangor dalam RM80 sekali perjalanan empat kali dah RM320. Kadang-kadang saya bergilir dengan suami, dia pula datang sini untuk jimat.

"Tambah macam saya, sebagai pendidik saya perlu belanja banyak, untuk anak murid saya seperti bahan bantu mengajar, alat tulis dan sebagainya.

"Dalam masa sama saya juga perlu fikir nak bayar kereta, rumah, bil utiliti dan perbelanjaan ibu bapa. Jadi saya fikir kalau duduk bersama dapat juga kami berjimat," katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai adakah masalah itu akan mengganggu prestasi kerja semasanya, Yana memberitahu, ia tidak menjejaskan, tetapi amat berharap permohonannya dapat diterima.

"Bagi saya kerja adalah tanggungjawab, saya perlu buat yang terbaik untuk kerjaya dan anak murid saya terutamanya. Tetapi saya tetap berharap saya dapat berpindah untuk mempunyai lebih masa bersama keluarga dan suami tercinta," katanya.

Sumber: Sinar Harian
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru dukalara tangguh untuk ada anak kerana berjauhan

Sekianlah artikel Guru dukalara tangguh untuk ada anak kerana berjauhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru dukalara tangguh untuk ada anak kerana berjauhan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/guru-dukalara-tangguh-untuk-ada-anak.html

Subscribe to receive free email updates: