Mansuh peperiksaan tidak akan tambah beban guru - Maszlee

Mansuh peperiksaan tidak akan tambah beban guru - Maszlee - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mansuh peperiksaan tidak akan tambah beban guru - Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mansuh peperiksaan tidak akan tambah beban guru - Maszlee
link : Mansuh peperiksaan tidak akan tambah beban guru - Maszlee

Baca juga


Mansuh peperiksaan tidak akan tambah beban guru - Maszlee

KUALA LUMPUR, 2 Nov : Pendekatan baharu yang diambil selepas pemansuhan peperiksaan bagi murid Tahap 1 tidak akan menambah beban guru, sebaliknya akan membolehkan mereka fokus kepada tugas mendidik dan menyemai nilai-nilai murni pada murid, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata isu bebanan guru tidak akan timbul kerana mereka hanya perlu melakukan pemantauan berterusan, yang hasilnya akan dikongsikan dengan ibu bapa murid.

“Daripada awal, pertengahan hingga hujung tahun sudah tentu setiap murid amat dikenali guru kelasnya, dan mereka akan melihat kelemahan serta kelebihan anak murid itu.

“Kelebihan perlu diceritakan kepada ibu bapa supaya diberi tambahan galakan. Jika ada kekurangan, guru dan ibu bapa perlu berbincang bagaimana hendak mengatasi kelemahan itu,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik dalam laman Facebook hari ini.

Pada Rabu, Maszlee dalam catatan di laman Twitter berkata : “Peperiksaan bagi murid Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019.”

Maszlee berkata kementerian akan membuat pengumuman rasmi dan memberi panduan berhubung pelaksanaan sistem itu dalam masa terdekat.

Dalam rakaman video berdurasi 5.45 minit itu, beliau berkata apa yang lebih penting ialah memastikan murid-murid dalam lingkungan umur 7 hingga 9 tahun diterapkan dengan pelbagai kemahiran, termasuk melatih kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan manusiawi).

Sumber: Frontdesk
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mansuh peperiksaan tidak akan tambah beban guru - Maszlee

Sekianlah artikel Mansuh peperiksaan tidak akan tambah beban guru - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mansuh peperiksaan tidak akan tambah beban guru - Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/mansuh-peperiksaan-tidak-akan-tambah.html

Subscribe to receive free email updates: