SPRM syor rasuah sebagai subjek wajib di sekolah

SPRM syor rasuah sebagai subjek wajib di sekolah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM syor rasuah sebagai subjek wajib di sekolah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM syor rasuah sebagai subjek wajib di sekolah
link : SPRM syor rasuah sebagai subjek wajib di sekolah

Baca juga


SPRM syor rasuah sebagai subjek wajib di sekolah

PUTRAJAYA 13 Nov.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan agar menjadikan rasuah sebagai subjek wajib di sekolah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, sikap membenci rasuah perlu ditanam dalam diri pelajar daripada peringkat awal lagi bagi mengelak merebak mereka apabila dewasa.
“Saya sudah berjumpa Menteri Pendidikan dan mengesyorkan supaya subjek rasuah dijadikan subjek wajib dan diadakan peperiksaan.

“Biar peringkat awal ditanam benci rasuah kerana kerana keadaan rasuah ketika ini amat membimbangkan,” katanya ketika berucap sebagai panel dalam Forum Permuafakatan SPRM-KPM 2018 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Shukri turut mendedahkan pelakuan rasuah yang merebak di sekolah turut membabitkan pelajar dan guru.

“Ada kes guru meminta ‘anu’ atau seks daripada pelajar bagi membolehkan lulus peperiksaan.

“Malah ada juga kes pelajar memberi wang rasuah kepada rakan sekelas bagi membolehkan dilantik sebagai ketua kelas dan juga sokongan sebagai ketua pengawas,” katanya.

Dalam pada itu, Shukri berkata, pelakuan rasuah yang berlaku di negara ini sangat memalukan dan amat membimbangkan sehingga hari ini negara luar memandang Malaysia sebagai negara kleptokrasi.

“Selalu orang bertanya rasuah di Malaysia meningkat atau turun, penceramah selalu tak berani nak cakap benar, selalu cakap rasuah di Malaysia ini boleh dikawal, lebih kurang macam itu.

"Tapi saya ini tak suka cakap tak benar, saya cakap terus terang, rasuah di Malaysia membimbangkan, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada 2014 markah kita 52 sahaja dan menunjukkan trend penurunan sehingga kepada 47 markah tahun lalu," katanya.

Sumber -UTUSAN ONLINE

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel SPRM syor rasuah sebagai subjek wajib di sekolah

Sekianlah artikel SPRM syor rasuah sebagai subjek wajib di sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM syor rasuah sebagai subjek wajib di sekolah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/sprm-syor-rasuah-sebagai-subjek-wajib.html

Subscribe to receive free email updates: