Majikan tiada hak untuk potong gaji pekerja untuk PTPTN - Menteri

Majikan tiada hak untuk potong gaji pekerja untuk PTPTN - Menteri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Majikan tiada hak untuk potong gaji pekerja untuk PTPTN - Menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Majikan tiada hak untuk potong gaji pekerja untuk PTPTN - Menteri
link : Majikan tiada hak untuk potong gaji pekerja untuk PTPTN - Menteri

Baca juga


Majikan tiada hak untuk potong gaji pekerja untuk PTPTN - Menteri

GEORGE TOWN - Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, majikan tiada hak untuk memotong gaji pekerja mereka dalam konteks pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tanpa kebenaran pekerja terbabit.

Katanya, pada masa ini tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan majikan berbuat demikian.
"Jadi, apa yang boleh dibuat ialah pinda Akta PTPTN terlebih dahulu dengan memperuntukkan bahawa mulai sekarang apa-apa yang tertunggak wang itu boleh dipotong daripada mana-mana pihak yang dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Undang-undang Pekerjaan 2018 ke-7, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kula Segaran berkata, sekiranya ada undang-undang bagi tujuan itu, majikan juga tidak mempunyai pilihan melainkan mematuhinya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jai semalam bahawa perbadanan itu bekerjasama dengan enam agensi bagi mendapatkan maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam untuk melaksanakan Potongan Gaji Berjadual bermula Januari depan.

Wan Saiful berkata, PGB itu adalah untuk peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan dan berdasarkan maklumat yang diperoleh, PTPTN akan mengeluarkan arahan potongan gaji mengikut peratusan tertentu kepada majikan dan majikan bertanggungjawab membuat potongan itu.

Mengulas mengenai keluhan peminjam yang menyifatkan kaedah itu membebankan mereka, Kula Segaran berkata negara kini berhadapan dengan masalah kewangan dan semua pihak perlu memainkan peranan.

"Jika kita dalam keadaan kukuh, tidak ada sebab untuk laksanakan langkah itu (potongan PTPTN)," katanya. - Bernama
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Majikan tiada hak untuk potong gaji pekerja untuk PTPTN - Menteri

Sekianlah artikel Majikan tiada hak untuk potong gaji pekerja untuk PTPTN - Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Majikan tiada hak untuk potong gaji pekerja untuk PTPTN - Menteri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/12/majikan-tiada-hak-untuk-potong-gaji.html

Subscribe to receive free email updates: