Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan - KPM

Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan - KPM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan - KPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan - KPM
link : Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan - KPM

Baca juga


Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan - KPM

KUALA LUMPUR: Pentaksiran lebih menyeluruh, termasuk amalan nilai murni berbentuk rutin harian akan diguna susulan pemansuhan ujian pertengahan dan akhir tahun yang bakal berkuat kuasa 2019.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Shaari Osman, menjelaskan pendekatan baharu itu akan dilaksana menerusi pembelajaran yang menyeronokkan ke arah pembangunan dan pembentukan peribadi murid.

“Kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul ialah kemahiran asas murid tahap satu yang perlu dibina serta diperkukuh sebelum mereka melalui proses pembelajaran peringkat lebih tinggi.
“Model baharu ini akan mencakupi pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjalankan kegiatan bercerita, permainan, projek mudah, main peranan dan kuiz.

“Selain itu, guru boleh menjalankan PBD dalam bentuk kegiatan lain yang bersesuaian,” katanya dalam pekeliling untuk tindakan semua pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri, hari ini.

Shaari berkata, proses pembelajaran, hasil kerja dan amalan nilai murni akan digunakan untuk menilai perkembangan murid di sekolah.

Katanya, pelaporan pembelajaran murid oleh guru dan ibu bapa pula dipertimbang untuk menambah baik proses pembelajaran serta menentukan bentuk sokongan yang boleh diberikan.

“Ini bagi memastikan perkembangan potensi, bakat, minat, kemahiran dan sahsiah murid dioptimumkan.

“Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PBD, pihak sekolah hendaklah merancang jadual waktu bersesuaian, selain guru melaksanakan pengajaran secara kolaboratif bagi menjamin pembelajaran dan pengajaran yang lebih menyeronokkan serta bermakna.

“Kementerian juga memutuskan supaya program saringan literasi dan numerasi (LINUS 2.0) akan dihentikan mulai 2019,” katanya.

Sehubungan itu, Shaari berkata pengurusan sekolah perlu mengenal pasti murid tahap satu, iaitu tahun satu hingga tiga yang mengalami kesukaran menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Katanya, usaha itu perlu disokong menerusi penyediaan intervensi pada peringkat sekolah.

“Surat ini hendaklah dibaca bersama garis panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah tahap satu.

“Susulan berkuat kuasanya pekeliling ini, surat siaran Kementerian Pendidikan bilangan 4 tahun 2016, perubahan pelaksanaan saringan LINUS 2.0 mulai tahun 2016 bagi sekolah rendah bertarikh 31 Mac 2016 adalah dibatalkan.

“Pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun bagi murid tahap satu ini selaras konsep pembelajaran berteraskan perkembangan murid selain membolehkan guru memberi lebih tumpuan kepada tugas mendidik serta menyemai nilai murid,” katanya.

Sumber: BH Online
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan - KPM

Sekianlah artikel Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan - KPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan - KPM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/12/pentaksiran-rutin-harian-ganti.html

Subscribe to receive free email updates: