Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM

Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM
link : Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM

Baca juga


Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Sistem pendidikan di negara ini perlu berubah dan dinamik agar tidak terus terperangkap dengan orientasi peperiksaan.

Malah, sistem yang sama menyebabkan pusat-pusat tuisyen berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang membuktikan masyarakat tidak meyakini dengan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, berikutan terlalu taksub dengan peperiksaan dan mengejar bilangan gred A, wujud kalangan ibu bapa yang memulakan kelas tambahan dan tuisyen anak-anak sejak di tahun satu sekolah rendah.

Katanya, hal ini menimbulkan isu perkembangan seseorang kanak-kanak yang tidak sihat dan tidak menggembirakan.

“Ini yang dikatakan by passing concept. Ia sama seperti persatuan penduduk yang membuat sistem kawalan keselamatan di kawasan kediaman tersendiri dengan mengupah pengawal warga asing kerana masih tidak meyakini dengan kawalan keselamatan sedia ada. Ini amat merunsingkan.

“Apa yang terbaik pada 1970-an tidak semestinya baik pada hari ini. Di samping yang dapat banyak A dalam peperiksaan, ramai yang dapat keputusan tidak baik. Ada yang sanggup bunuh diri kerana tidak mencapai keputusan peperiksaan yang disasarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar terakhirnya sebagai Naib Canselor UKM di Bandar Baru Bangi, dekat sini hari ini.

Sumber - UTUSAN ONLINE


loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM

Sekianlah artikel Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/12/ubah-segera-sistem-pendidikan-taksub.html

Subscribe to receive free email updates: