CUEPACS setuju COLA dikaji semula

CUEPACS setuju COLA dikaji semula - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CUEPACS setuju COLA dikaji semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CUEPACS setuju COLA dikaji semula
link : CUEPACS setuju COLA dikaji semula

Baca juga


CUEPACS setuju COLA dikaji semula

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengalu-alukan cadangan kerajaan mengkaji semula elaun kos sara hidup (COLA) bagi pegawai kerajaan berikutan kos sara hidup yang makin meningkat.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata kos sara hidup yang kian meningkat itu bukan saja dirasai kakitangan awam di bandar tetapi di kawasan luar bandar.

Katanya, keadaan itu tidak selari dengan kenaikan gaji diterima kakitangan kerajaan menyebabkan beban hidup semakin dirasai.
“Kerajaan bukan saja wajar memikirkan untuk mengkaji semula COLA tetapi menimbang kenaikan untuk semua lokasi tanpa mengira sama ada kakitangan berkhidmat di bandar atau luar bandar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran semalam bahawa kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengkaji semula COLA bagi pegawai kerajaan.

Kulasegaran dipetik berkata, kali terakhir COLA untuk pegawai kerajaan dikaji semula ialah pada 2012 dengan jumlah ditetapkan pada RM300, RM250, dan RM150 tertakluk kepada lokasi penempatan.

Azih berkata, kajian semula COLA tepat pada masanya sebagai salah satu usaha memberi kebaikan kepada kakitangannya, khususnya kakitangan kumpulan sokongan satu dan dua.

Sumber: BH Online

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel CUEPACS setuju COLA dikaji semula

Sekianlah artikel CUEPACS setuju COLA dikaji semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CUEPACS setuju COLA dikaji semula dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/01/cuepacs-setuju-cola-dikaji-semula.html

Subscribe to receive free email updates: