Mansuh tugas perkeranian guru hanya mukadimah - Maszlee

Mansuh tugas perkeranian guru hanya mukadimah - Maszlee - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mansuh tugas perkeranian guru hanya mukadimah - Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mansuh tugas perkeranian guru hanya mukadimah - Maszlee
link : Mansuh tugas perkeranian guru hanya mukadimah - Maszlee

Baca juga


Mansuh tugas perkeranian guru hanya mukadimah - Maszlee

SERDANG: Pemansuhan tugas perkeranian dalam kalangan guru menerusi pelaksanaan lima inisiatif, berkuat kuasa bulan ini hanya sebagai langkah pertama.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata langkah pertama bersifat intervensi jangka pendek itu dirangka dengan mengambil kira pandangan dalam kalangan pendidik yang juga kelompok penting di peringkat akar umbi.

Katanya, ia merangkumi usaha memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi, membabitkan tiga intervensi demi merungkai kemelut pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
“Inisiatif kedua ialah pengurusan data dan sistem dalam talian, merangkumi pelaksanaan dua intervensi yang menyaksikan semua pengumpulan data diambil daripada sumber maklumat sedia ada dalam sistem Kementerian Pendidikan.

“Sistem kehadiran murid dalam talian akan digunakan sepenuhnya sebagai sumber rekod, justeru guru tidak lagi perlu mengisi buku jadual kedatangan murid.

“Teknologi menyaksikan penggunaan sistem ‘pengecaman wajah’ yang lazimnya wujud dalam telefon pintar, justeru kita sedang meneliti kemungkinan menggunakan pendekatan ini, namun bukan dalam jangka pendek.

“Seiring pemansuhan peperiksaan Tahap 1 (murid tahun satu, dua dan tiga), sekolah boleh merangka sendiri pelaksanaan literasi dan numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pendidikan, bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’, di Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Dr Siti Hamisah Tapsir.

Maszlee berkata, inisiatif keempat pula merangkumi penyeragaman borang dan proses pemantauan menerusi dua intervensi bagi memastikan guru tidak lagi dibebani tugas perkeranian.

“Inisiatif terakhir ialah penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah, menerusi dua intervensi untuk memastikan pelbagai jawatankuasa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik akan dimansuhkan.

“Lima inisiatif ini hanya langkah pertama, manakala percaturan fasa kedua membabitkan penyediaan lebih banyak latihan dan kursus yang perlu bagi memastikan guru mampu menawarkan pendekatan pengajaran terbaik.

“Kementerian dalam penelitian khas untuk melihat semula sistem latihan warga pendidik di Institut Pendidikan Guru (IPG) supaya ia diperkasakan, bukan hanya sekadar menukar nama maktab saja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Maszlee berkata, baki 92 daripada 394 projek sekolah daif di seluruh negara, membabitkan peruntukan dana RM1.701 bilion masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan dijangka siap selewat-lewatnya Mac ini.

Sehingga 31 Disember 2018, katanya, sebanyak 237 atau 60 peratus projek siap dan dikeluarkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC), manakala 65 (17 peratus) siap pembikinannya dan dalam proses pengeluaran CPC sebelum diserahkan untuk kegunaan sesi persekolahan 2019.

“Pembangunan sekolah daif pada 2019 akan ditambah baik dari aspek penggunaan skala impak, kaedah pelaksanaan dan skop pembinaan, dengan keutamaan diberikan kepada sekolah yang mendapat pengesahan tidak selamat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan teknikal Kementerian Pendidikan,” katanya.

Sumber: Berita Harian
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mansuh tugas perkeranian guru hanya mukadimah - Maszlee

Sekianlah artikel Mansuh tugas perkeranian guru hanya mukadimah - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mansuh tugas perkeranian guru hanya mukadimah - Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/01/mansuh-tugas-perkeranian-guru-hanya.html

Subscribe to receive free email updates: