Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada

Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada
link : Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada

Baca juga


Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Hanya tiga negeri di Se­menanjung masih mem­­punyai kekoso­ngan untuk menempat­kan guru-guru yang me­ngajar di Sabah dan Sarawak.

Menurut pegawai khas yang mengendalikan penempatan gu­ru-guru di Kementerian Pendidikan, tiga negeri tersebut adalah Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Jelas beliau yang enggan namanya di­dedahkan, walau ba­gaimanapun guru-guru yang berminat perlu menepati sya­rat yang ditetapkan kementerian iaitu telah berkhidmat antara lima hingga tujuh tahun.

“Kita mengakui memang ramai guru yang ingin pindah dan mengajar di Semenanjung tetapi tiada penempatan di sini terutama di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Empat negeri ini hampir 100 peratus telah diisi dengan guru yang memang berasal dari situ.

“Jika mereka tetap ingin ke empat negeri tersebut, keutamaan diberikan kepada guru-guru yang telah ber­khidmat sekurang-kurangnya antara 10 hingga 13 tahun atau 153 bulan. Kita cuba ikhtiar dan bantu mana yang boleh,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Laporan eksklusif Utusan Malaysia hari ini memaparkan kisah menyayat hati seorang guru muda, Afif Zulfathi Jaafar, 28, yang mengajar di Belaga, Sarawak tidak sempat menatap wajah terakhir ibunya yang meninggal dunia tengah hari semalam.

Beliau yang mengajar mata pelajaran Matematik di sebuah sekolah di pedalaman Be­laga itu hanya menge­tahui ibunya meninggal dunia selepas beberapa jam menerusi rakan guru yang lain yang datang menggunakan perahu.

Jelas pegawai khas terbabit, guru-guru yang menepati syarat boleh mengisi borang pertukaran untuk dipertimbangkan.

Katanya, proses pertukaran guru-guru akan dilakukan dua kali setahun iaitu pada setiap Jun dan Disember.

Sumber: Utusan

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada

Sekianlah artikel Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/01/peluang-guru-duka-lara-pulang-ke.html

Subscribe to receive free email updates: