link : Apabila jasad guru dipaksa, roh pendidiknya tidak akan dirasai murid
Apabila jasad guru dipaksa, roh pendidiknya tidak akan dirasai murid
Imej via Toodia.my |
Barangkali betullah kata orang, kita tidak mungkin akan terus dapat merasai beban itu dikurangkan, tetapi setidak-tidaknya langkah pertama ke arah itu telah berjaya.
Sebagai pendidik, saya amat tertarik dengan hala tuju pertama yang dikemukakan oleh Maszlee Malik dalam Amanat Menteri Pendidikan 2019, yakni mengembalikan cinta ke dalam pendidikan.
Di sekolah, apabila masing-masing sudah hilang cinta untuk mengajar dan mendidik, maka cinta untuk belajar, diasuh dan dididik juga akan lenyap secara automatik.
Katakanlah benar walaupun pahit, saya yakin terlalu banyak guru yang memohon bersara awal ketika ini memandangkan beban tugas yang semakin kritikal, tambahan pula dengan cinta terhadap pengajaran sudah semakin lenyap.
Maka, mengembalikan cinta ke dalam pendidikan menjadi asas utama menteri pendidikan yang baru ini.
Cuma dalam keadaan sekarang, Maszlee terpaksa menggerakkan langkah kedua bagi merealisasikan impian semua guru di sekolah, iaitu tiada kerja perkeranian.
Sesungguhnya kerja pemfailan jika disingkirkan, mengajar akan terus difokuskan menjadi tugas utama semua guru di sekolah.
Paksaan dan ugutan yang digunakan oleh para pentadbir sudah tidak begitu berkesan terhadap warga guru yang semuanya terpelajar dan terdidik.
Apabila jasad guru terikat, roh pendidik akan melayang jauh dan tidak lagi mendekati sekolah yang dianggap tempat mulia untuk mencanai akal intelek.
Jasad guru tetap akan berada dalam kawasan sekolah kerana dipaksa dan diugut, namun roh dan jiwa pendidik pastinya tidak akan dirasai oleh anak bangsa.
Sebagai guru, saya tidak mempunyai kuasa untuk terus bersuara menyokong usaha murni Maszlee, tetapi saya ingin membuat seruan kepada semua guru agar terus-menyokong usaha Maszlee sebagai menteri pendidikan yang paling berani mengemukakan perubahan dalam masa yang terdekat.
Daripada kita duduk mengkritik, eloklah kita bahu-membahu dan saling mendukung bagi mencipta era pendidikan holistik yang bersifat kebangsaan.
Luangkan masa guru yang digunakan untuk menulis panjang rancangan pengajaran harian supaya mereka mempunyai masa mencukupi untuk merancang pengajaran yang sarat ilmu dan menarik.
Teo Wei Sing adalah seorang pendidik.
Sumber: Free Malaysia Today
Demikianlah Artikel Apabila jasad guru dipaksa, roh pendidiknya tidak akan dirasai murid
Sekianlah artikel Apabila jasad guru dipaksa, roh pendidiknya tidak akan dirasai murid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apabila jasad guru dipaksa, roh pendidiknya tidak akan dirasai murid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/02/apabila-jasad-guru-dipaksa-roh.html