link : Jangan ganti kelas PJPK dengan Matematik, Bahasa Inggeris - Timb. Menteri
Jangan ganti kelas PJPK dengan Matematik, Bahasa Inggeris - Timb. Menteri
Imej via Malay Mail |
Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching berkata pada masa ini pendidikan seks diajarkan di peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah sebagai salah satu sukatan pelajaran di bawah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).
“Jadi saya berharap, pihak sekolah tidak akan menganggap PJPK sebagai satu mata pelajaran yang tidak penting dan mengantikannya dengan kelas Matematik atau Bahasa Inggeris. Tolonglah jangan berbuat demikian,” katanya kepada pemberita semasa lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Subramaniya Barathee di Gelugor di sini, hari ini.
Katanya kerajaan memandang serius mengenai perkara ini, dan bulan lepas satu pertemuan bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeo, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan beberapa wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diadakan bagi melihat kaedah memperbaharui sukatan pelajarannya.
“Anak-anak kita pada hari ini mendapat maklumat daripada media sosial, Youtube, jadi adalah amat penting sekolah mengajar pelajar perkara yang betul dengan maklumat terkini,” katanya sambil menambah sukatan pelajaran mengenai pendidikan seks akan lihat semula dari masa ke semasa.
“Kami mengajar mereka membezakan ‘sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat’ dan ‘sentuhan selesa dan sentuhan tidak selesa’ untuk mengelakkan gangguan seksual,” katanya.
Katanya lagi, kaedah pengajaran bagi sekolah menengah adalah lebih rumit, dan pihak sekolah digalakkan mengasingkan antara pelajar lelaki dan pelajar wanita kepada dua kumpulan, supaya mereka dapat membincangkan mengenai topik ini dengan mudah.
Bagaimanapun, beliau berkata sokongan ibu bapa diperlukan dalam perkara ini, bagi memastikan anak-anak mereka lebih faham mengenai perkara tersebut.
“Sukatan pelajaran dan bahan pengajaran mengenai subjek ini akan disediakan untuk semua ibu bapa, dan mereka digalakkan untuk manfaatkannya juga,” katanya. — Bernama
Demikianlah Artikel Jangan ganti kelas PJPK dengan Matematik, Bahasa Inggeris - Timb. Menteri
Sekianlah artikel Jangan ganti kelas PJPK dengan Matematik, Bahasa Inggeris - Timb. Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan ganti kelas PJPK dengan Matematik, Bahasa Inggeris - Timb. Menteri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/02/jangan-ganti-kelas-pjpk-dengan.html