KPM mohon peruntukan tambahan untuk sekolah kebangsaan, agama - Maszlee

KPM mohon peruntukan tambahan untuk sekolah kebangsaan, agama - Maszlee - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPM mohon peruntukan tambahan untuk sekolah kebangsaan, agama - Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPM mohon peruntukan tambahan untuk sekolah kebangsaan, agama - Maszlee
link : KPM mohon peruntukan tambahan untuk sekolah kebangsaan, agama - Maszlee

Baca juga


KPM mohon peruntukan tambahan untuk sekolah kebangsaan, agama - Maszlee

Imej via The Star
PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengemukakan permohonan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi menyelenggara dan membaiki sekolah kebangsaan dan sekolah agama negeri.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.

“Oleh itu, tanggapan mengatakan menteri dan KPM tidak mengambil berat tentang kebajikan murid dan sekolah khususnya yang membabitkan sekolah kebangsaan dan sekolah agama adalah tidak berasas sama sekali,” katanya.

Mengenai peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina tahun ini yang berjumlah RM12 juta, jelas kementerian ia bukan merupakan peruntukan daripada KPM.

“Sebaliknya ia adalah dana khas yang disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada sekolah terlibat,” katanya.

Selain itu kata kementerian, laporan media sosial yang memberi gambaran seolah-olah KPM hanya memberi penekanan kepada pembangunan sekolah Cina berdasarkan beberapa pengumuman dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching adalah tidak benar.

“Dalam kes yang dipertikaikan oleh beberapa pihak, peruntukan penyelenggaraan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang diumumkan oleh timbalan menteri pendidikan kebelakangan ini adalah peruntukan yang diluluskan untuk 2018, bukannya peruntukan 2019.

“Memandangkan peruntukan tersebut adalah peruntukan 2018, maka KPM perlu menyalurkan peruntukan tersebut ke Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) masing-masing sebelum penutupan akaun tahun 2018,” katanya.
Kementerian berkata, kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2019 juga meluluskan RM652 juta untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah.

Daripada jumlah tersebut, katanya sebanyak RM527 juta diperuntukkan kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan agama (RM250 juta); sekolah jenis kebangsaan Cina (RM50 juta); sekolah jenis kebangsaan Tamil (RM50 juta); sekolah berasrama penuh (RM50 juta); sekolah agama bantuan kerajaan (RM50 juta); sekolah mubaligh (RM50 juta); sekolah menengah jenis kebangsaan/conforming school (RM15 juta) dan sekolah menengah persendirian Cina (RM12 juta).

“Manakala baki sebanyak RM125 juta diperuntukkan kepada Maktab Rendah Sains MARA (RM50 juta); sekolah tahfiz (RM50 juta) dan sekolah pondok yang berdaftar (RM25 juta)” kata KPM.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KPM mohon peruntukan tambahan untuk sekolah kebangsaan, agama - Maszlee

Sekianlah artikel KPM mohon peruntukan tambahan untuk sekolah kebangsaan, agama - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPM mohon peruntukan tambahan untuk sekolah kebangsaan, agama - Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/02/kpm-mohon-peruntukan-tambahan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: