link : PAK-21: JPN, PPD dan Pentadbir sekat kreativiti guru?
PAK-21: JPN, PPD dan Pentadbir sekat kreativiti guru?
Imej via www.aspire-cs.com |
PAK-21: MUDAHKAN, JANGAN MENYUSAHKAN GURU
Rentetan daripada post saya sebelum ini tentang salah faham tentang konsep PAK-21 oleh sesetengah pihak, majoriti guru berpendapat bahawa pelaksanaan PAK-21 di sekolah telah menjadi beban untuk guru dan 'lari' daripada fungsi sebenarnya, iaitu yang sepatutnya menjadi pendekatan dan aktiviti menyeronokkan di dalam bilik darjah.
Bahkan, ada guru yang diberitahu oleh pencerap sama ada daripada pihak pentadbir, PPD mahupun daripada pihak nazir bahawa markah penilaian yang diberikan semasa proses pencerapan akan rendah jika tidak menggunakan ICT atau 'sistem traffic light' semasa proses PdPc.
Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku?
Sebab, pemahaman tentang konsep Pembelajaran Abad Ke-21 telah dirumitkan oleh sesetengah pihak sedangkan pelaksanaan PAK-21 tidak serenyah seperti yang disangka.
Dicadangkan agar pihak KPM membuat penyelarasan semula tentang pemahaman konsep PAK-21 kepada 'orang tengah' yang bertanggungjawab menyampaikan maksud sebenar PAK-21 kepada pihak JPN, PPD dan pentadbir yang sepatutnya bersifat memudahkan guru, bukan menyusahkan.
Masalah yang berlaku sekarang ialah pihak atasan telah menyekat kreativiti guru dalam melaksanakan PdP/PdPc untuk murid-murid mereka kerana perlu mengikut acuan dan kehendak sesetengah pihak yang kadang-kadang mereka sendiri pun tidak faham konsep PAK-21 yang sebenar.
Ya, memang betul. ICT merupakan salah satu komponen dalam teras transformasi pendidikan abad ke-21 tetapi persoalannya sekarang adalah,
1. Adakah kita mampu dan berupaya untuk menyediakan prasarana dan infrastruktur ICT yang diperlukan oleh setiap guru dan murid di sekolah?Jika jawapan2 di atas adalah 'TIDAK', kembalilah kepada pemahaman konsep sebenar Pembelajaran Abad Ke-21 mengikut acuan 'Malaysia' sahaja. Bukannya acuan 'Finland'.
2. Adakah pihak sekolah mampu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan oleh guru untuk merealiasikan PAK-21 di dalam kelas sedangkan kertas A4, kertas warna, plastik 'liminate', mesin liminate, 'printer' dan dakwat pun guru perlu beli sendiri.
3. Adakah pihak sekolah mampu untuk menyediakan peruntukan kepada setiap guru kelas membeli peralatan dan barang-barang perhiasan untuk merealisasikan 'Kelas PAK-21'? Sedangkan duit untuk membeli langsir dan pembalut meja pun menggunakan duit guru sendiri.
Ingat pesanan ini. PAK-21 tidak susah untuk dilakukan tetapi jangan sampai menyusahkan diri untuk melaksanakan PAK-21.
Sekian, terima kasih.
Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir
#cikgubiasasaja
#bukantunjukhebat
#berkongsiperasaancikgukita
#selamilahjiwagurukita
Demikianlah Artikel PAK-21: JPN, PPD dan Pentadbir sekat kreativiti guru?
Sekianlah artikel PAK-21: JPN, PPD dan Pentadbir sekat kreativiti guru? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAK-21: JPN, PPD dan Pentadbir sekat kreativiti guru? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/02/pak-21-jpn-ppd-dan-pentadbir-sekat.html