Saya mahukan pendidikan negara ini berteraskan nilai - Dr Maszlee

Saya mahukan pendidikan negara ini berteraskan nilai - Dr Maszlee - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya mahukan pendidikan negara ini berteraskan nilai - Dr Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya mahukan pendidikan negara ini berteraskan nilai - Dr Maszlee
link : Saya mahukan pendidikan negara ini berteraskan nilai - Dr Maszlee

Baca juga


Saya mahukan pendidikan negara ini berteraskan nilai - Dr Maszlee

Saya selalu ditanya tentang apa yang akan dilakukan kepada sistem pendidikan negara kita. Saya menjawab dengan menyebutkan tiga istilah, "kasih-sayang, "kegembiraan" dan "saling menghormati".
Saya mahu pendidikan kita pendidikan yang berpaksikan kepada nilai. Saya mahu nilai menjadi teras, baik di peringkat universiti sehinggalah di peringkat pendidikan awal. Guru misalnya, saya mahu mereka cintakan dunia mendidik mereka, gembira mendidik anak bangsa sehinggalah mereka boleh melahirkan insan yang mempunyai peribadi yang unggul.

Tidak hanya hala tuju, perlaksanaannya juga saya ikuti secara dekat.

Di dalam Amanat Tahun 2019 yang saya sampaikan 14 Januari yang lalu, saya ketengahkan lagi, di antara hala tuju pendidikan negara kita ialah pendidikan berteraskan nilai (values-driven education). Saya mahu semua pihak melihat 'nilai' sebagai teras dan perubahan sistem pendidikan kita mesti berpusatkan kepada nilai.
Saya juga bertemu ramai guru dan bertanya kepada mereka. Saya risau sekiranya penetapan hala tuju sebegini akan membebankan walaupun niat saya adalah sebaliknya. Ramai yang mencadangkan supaya saya mengumpul cerita-cerita tentang kreatifnya guru-guru dalam melaksanakan hala tuju ini melalui pendekatan mereka di dalam kelas. Hal ini akan membolehkan saya mendapat perkembangan real dan praktikal di samping saya juga boleh mengumpulkan cerita-cerita yang menginspirasikan untuk disebarkan.

Justeru, saya mengalu-alukan para guru, anak murid, ibu bapa atau sesiapa sahaja untuk berkongsi cerita mereka tentang usaha mereka dalam menerapkan nilai kepada pelajar, anak, dan sesiapa sahaja dalam hidup mereka.
Kongsikan cerita-cerita itu dengan memasukkan tagar (hashtag) #pendidikanberteraskannilai

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Saya mahukan pendidikan negara ini berteraskan nilai - Dr Maszlee

Sekianlah artikel Saya mahukan pendidikan negara ini berteraskan nilai - Dr Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya mahukan pendidikan negara ini berteraskan nilai - Dr Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/02/saya-mahukan-pendidikan-negara-ini.html

Subscribe to receive free email updates: