Banyak perlu dibaiki untuk hebatkan semula sekolah kebangsaan - Prof. Teo Kok Seong

Banyak perlu dibaiki untuk hebatkan semula sekolah kebangsaan - Prof. Teo Kok Seong - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banyak perlu dibaiki untuk hebatkan semula sekolah kebangsaan - Prof. Teo Kok Seong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banyak perlu dibaiki untuk hebatkan semula sekolah kebangsaan - Prof. Teo Kok Seong
link : Banyak perlu dibaiki untuk hebatkan semula sekolah kebangsaan - Prof. Teo Kok Seong

Baca juga


Banyak perlu dibaiki untuk hebatkan semula sekolah kebangsaan - Prof. Teo Kok Seong

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menyenaraikan beberapa isu kepada Putrajaya untuk ditangani jika ia mahu meningkatkan standard sekolah kebangsaan, selepas perdana menteri berikrar menjadikan sekolah itu hebat semula.
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Teo Kok Seong berkata, yang pertama dalam senarai itu adalah menangani pandangan bertentangan ibu bapa berhubung beberapa isu sensitif.

“Sesetengah ibu bapa Melayu dan bukan Melayu mengatakan sekolah kebangsaan terlalu Islam. Kami juga mempunyai kumpulan lain yang mengatakan sekolah kebangsaan tidak cukup Islam,” katanya kepada FMT.

Beliau mencadangkan kerajaan sama ada menghapuskan sekolah Cina, Tamil dan Islam, atau menjadikan sekolah kebangsaan begitu menarik sehingga menjadi pilihan pertama bagi semua ibu bapa.

Teo mengakui menghapuskan sekolah vernakular mungkin tidak diterima masyarakat Cina khususnya, tetapi mengatakan beliau “bercakap benar demi perpaduan di negara ini”.

Setelah mengadakan forum di Kuala Lumpur dan Sabah pada 2015, Teo berkata ibu bapa yang menghadiri pertemuan itu memberitahunya, mereka mahu guru besar sekolah dilantik berdasarkan dedikasi mereka.

“Ibu bapa tidak peduli dengan keturunan guru besar. Mereka hanya mahu guru besar yang mampu menjadikan sekolah itu lebih hebat dan kurang Islamik,” tambahnya.
Teo berkata beliau telah mengumpulkan maklum balas ibu bapa tentang mengapa mereka tidak menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan, dan laporan itu akan dihantar kepada Kementerian Pendidikan.

Tetapi, katanya, apabila laporan rasmi diterbitkan oleh pentadbiran terdahulu, Kementerian Pendidikan hanya menyenaraikan 2 aduan: masalah disiplin dan infrastruktur yang kurang baik di sekolah.

“Tidak ada yang menyebut tentang agama atau sekolah yang dikendalikan oleh mereka yang tidak berdedikasi,” katanya.

Beliau menyuarakan harapan agar kerajaan sekarang tidak mengabaikan isu tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Tunku Munawirah Putra berkata peranan pendidikan adalah menyediakan pelajar untuk berdepan cabaran Industri 4.0.

“Kita perlu mengambil kira keadaan semasa dalam sistem pendidikan kita, memberi keutamaan dan memperbaiki kelemahan kita dan bagaimana untuk mencapainya,” katanya.

Beliau juga menggesa kajian semula kurikulum dan sukatan pelajaran, dan kerajaan menghapuskan unsur yang tidak lagi sesuai, dan menambah persekolahan harus kurang fokus pada peperiksaan.

Munawirah berkata kerajaan perlu menubuhkan sekolah menggunakan bahasa Inggeris untuk menghasilkan guru bahasa Inggeris yang mencukupi.

Beliau mencadangkan semakan semula program latihan guru, sambil menambah harus ada akauntabiliti dan sifar toleransi terhadap ketidakhadiran dalam kalangan guru.

“Bagi guru yang sedia ada, pastikan pembangunan profesional yang berterusan distruktur, penuh azam dan berkesan.”

Beliau juga menggesa pihak berkuasa mengawal idea ketuanan agama yang menular ke sekolah, mengatakan sekolah kebangsaan harus menjadi landasan perpaduan di negara ini.

Sumber: Free Malaysia Today
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Banyak perlu dibaiki untuk hebatkan semula sekolah kebangsaan - Prof. Teo Kok Seong

Sekianlah artikel Banyak perlu dibaiki untuk hebatkan semula sekolah kebangsaan - Prof. Teo Kok Seong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Banyak perlu dibaiki untuk hebatkan semula sekolah kebangsaan - Prof. Teo Kok Seong dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/03/banyak-perlu-dibaiki-untuk-hebatkan.html

Subscribe to receive free email updates: