Isu DLP, kerajaan ambil jalan tengah - Tun Mahathir

Isu DLP, kerajaan ambil jalan tengah - Tun Mahathir - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu DLP, kerajaan ambil jalan tengah - Tun Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu DLP, kerajaan ambil jalan tengah - Tun Mahathir
link : Isu DLP, kerajaan ambil jalan tengah - Tun Mahathir

Baca juga


Isu DLP, kerajaan ambil jalan tengah - Tun Mahathir

MANILA 9 Mac - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan hari ini mengambil pendekatan membenarkan pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah namun pada masa sama pengajaran subjek itu dalam Bahasa Kebangsaan tetap diteruskan.

Katanya, pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi penagajaran mata pelajaran itu manakala ada pula menentangnya.

"Tetapi kita akan kaji supaya kita samakan bagi semua sekolah kita kerana tentu akan menganiayakan sesuatu kumpulan kerana mereka akan dapat keuntungan daripada satu bahasa dan (tetapi) mereka tidak diberi hak untuk belajar daripada bahasa itu.

"Khususnya, ramai yang berpendapat bahawa bahasa Inggeris akan menjadikan seseorang yang lulus lebih mudah diterima di pasaran," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Filipina semalam.

Yang turut hadir dalam sidang akhbar berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.

Mengenai lawatannya ke Filipina, Dr. Mahathir berkata, beliau berpeluang mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya Presiden Rodrigo Duterte dan membincangkan pelbagai isu mengenai kepentingan bersama Malaysia dan Filipina.

"Hampir kesemua isu (dibincangkan dengan Presiden Duterte) tidak ada yang tidak dipersetujui. Persepsi mungkin berlainan tetapi persoalan tuntutan ke atas Sabah (oleh Filipina) bukan subjek perbincangan yang begitu menekan," katanya. - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Isu DLP, kerajaan ambil jalan tengah - Tun Mahathir

Sekianlah artikel Isu DLP, kerajaan ambil jalan tengah - Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu DLP, kerajaan ambil jalan tengah - Tun Mahathir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/03/isu-dlp-kerajaan-ambil-jalan-tengah-tun.html

Subscribe to receive free email updates: