Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot

Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot
link : Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot

Baca juga


Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot

KUALA LUMPUR: Jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merosot saban tahun, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, walaupun peranan STEM berkait rapat dengan pekerjaan baharu muncul dan industri digital yang berkembang pesat, namun penawaran bakat dalam bidang itu agak membimbangkan.
Pada tahun lalu, katanya, hanya 44 peratus pelajar Malaysia mengambil bidang STEM berbanding 49 peratus pada 2012.

“Ini merupakan pengurangan purata kira-kira 6,000 pelajar setiap tahun,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Asia Bett dan Ekspo 2019 di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, Maszlee mengumumkan pelancaran kempen STEM4ALL, dengan objektif utama untuk membina budaya keterangkuman dalam kalangan semua rakyat Malaysia mengenai pendidikan STEM.

Beliau berkata, sokongan akan diberikan kepada sekolah untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti STEM dan kelab kurikulum yang boleh menimbulkan minat pelajar untuk mendaftar dalam aliran sains.
Maszlee berkata, kerajaan juga mahu memperluaskan akses pembelajaran STEM kepada komuniti luar bandar, keluarga berpendapatan rendah dan pelajar dengan keperluan khas.

“Tahun ini, Kementerian Pendidikan juga akan mempraktikkan pendekatan untuk pergi ke sekolah-sekolah di pedalaman, sekolah-sekolah luar bandar yang hanya boleh diakses menggunakan bot dan jalan tanah merah.

“Kita mahu membawa STEM kepada mereka, dan bekerjasama dengan sekolah untuk menganjurkan aktiviti dan peluang pengalaman untuk mendedahkan STEM dalam kehidupan mereka,” katanya. - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot

Sekianlah artikel Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/03/jumlah-pelajar-ambil-stem-kian-merosot.html

Subscribe to receive free email updates: