link : Malaysia tidak akan terbentuk tanpa insan yang bergelar guru - Maszlee
Malaysia tidak akan terbentuk tanpa insan yang bergelar guru - Maszlee
Setiap kali seseorang datang kepada saya dan memperkenalkan diri,
“Saya cikgu, teacher, ustaz, ustazah di sekolah sekian-sekian,” sentiasa terdetik di hati saya rasa kagum, bangga, malah terharu kerana sering bersipongang di dalam kepala fikiran saya sekian besarnya pengorbanan yang mereka lalui dan bermaknanya sumbangan mereka terhadap negara yang kita cintai ini.
Percayalah, tidak akan terbentuknya Malaysia yang kita cintai pada hari ini, tanpa wujudnya insan bernama guru. Dan perubahan yang kita dambakan bersama, guru-gurulah tonggak kemenjadiannya.
Bukankah ada perumpamaan yang menyebutkan, seorang guru bagaikan sebatang lilin, dia sanggup membakar dirinya sendiri demi memastikan insan di sekelilingya tidak berada di dalam kegelapan.
Perumpamaan ini sebenarnya menyampaikan maksud yang sangat besar; insan yang bernama guru ini hakikatnya telah mengorbankan diri mereka untuk mengeluarkan kita semua daripada kegelapan.
Merekalah yang telah memerdekakan kita daripada jajahan kejahilan, langsung menghulurkan kita laluan menuju cahaya peradaban.
Cubalah sesekali kita bertanya kepada diri kita, siapalah kita hari ini tanpa guru-guru kita?
Saya juga yakin, setiap daripada kita akan mempunyai adiguru kita sendiri. Insan-insan ini secara peribadi berjaya memakaikan kita busana jati diri, membentuk nuansa pemikiran dan sekali gus mendewasakan kita dengan bekalan ilmu dan hikmah yang sarat makna.
Mereka diam di ingatan yang paling dalam, mereka kekal sebagai insan yang paling diingati.
Ya, merekalah seperti mana yang disebutkan pepatah, “Insan yang mencipta keabadian, kerana mereka tidak pernah boleh memberitahu di mana pengajaran mereka berhenti.”
Dan seperti mana yang telah dipotretkan oleh Sasterawan Negara Usman Awang,
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada McDonald’s Malaysia atas inisiatif ini.
Anugerah ini merupakan anugerah tahunan yang diadakan sempena sambutan Hari Guru dan tahun ini merupakan tahun ke-3 pelaksanaannya.
Rakyat Malaysia boleh membuat pencalonan guru pilihan yang telah melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki dan memberi kesan positif atau menjadi inspirasi dalam kehidupan mereka.
Kepada semua rakyat Malaysia, inilah masanya untuk kalian memperkenalkan adiguru kalian kepada dunia.
Dan kepada guru-guru di luar sana, ketahuilah bahawa kalianlah pelakar peradaban yang sebenar, kalianlah pembentuk generasi akan datang.
Teruslah mendidik anak bangsa. Teruslah menyebarkan ilmu dan teruslah berbakti buat nusa tercinta.
Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
“Saya cikgu, teacher, ustaz, ustazah di sekolah sekian-sekian,” sentiasa terdetik di hati saya rasa kagum, bangga, malah terharu kerana sering bersipongang di dalam kepala fikiran saya sekian besarnya pengorbanan yang mereka lalui dan bermaknanya sumbangan mereka terhadap negara yang kita cintai ini.
Bukankah ada perumpamaan yang menyebutkan, seorang guru bagaikan sebatang lilin, dia sanggup membakar dirinya sendiri demi memastikan insan di sekelilingya tidak berada di dalam kegelapan.
Perumpamaan ini sebenarnya menyampaikan maksud yang sangat besar; insan yang bernama guru ini hakikatnya telah mengorbankan diri mereka untuk mengeluarkan kita semua daripada kegelapan.
Merekalah yang telah memerdekakan kita daripada jajahan kejahilan, langsung menghulurkan kita laluan menuju cahaya peradaban.
Saya juga yakin, setiap daripada kita akan mempunyai adiguru kita sendiri. Insan-insan ini secara peribadi berjaya memakaikan kita busana jati diri, membentuk nuansa pemikiran dan sekali gus mendewasakan kita dengan bekalan ilmu dan hikmah yang sarat makna.
Mereka diam di ingatan yang paling dalam, mereka kekal sebagai insan yang paling diingati.
Ya, merekalah seperti mana yang disebutkan pepatah, “Insan yang mencipta keabadian, kerana mereka tidak pernah boleh memberitahu di mana pengajaran mereka berhenti.”
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada McDonald’s Malaysia atas inisiatif ini.
Anugerah ini merupakan anugerah tahunan yang diadakan sempena sambutan Hari Guru dan tahun ini merupakan tahun ke-3 pelaksanaannya.
Rakyat Malaysia boleh membuat pencalonan guru pilihan yang telah melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki dan memberi kesan positif atau menjadi inspirasi dalam kehidupan mereka.
Kepada semua rakyat Malaysia, inilah masanya untuk kalian memperkenalkan adiguru kalian kepada dunia.
Dan kepada guru-guru di luar sana, ketahuilah bahawa kalianlah pelakar peradaban yang sebenar, kalianlah pembentuk generasi akan datang.
Teruslah mendidik anak bangsa. Teruslah menyebarkan ilmu dan teruslah berbakti buat nusa tercinta.
Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
Demikianlah Artikel Malaysia tidak akan terbentuk tanpa insan yang bergelar guru - Maszlee
Sekianlah artikel Malaysia tidak akan terbentuk tanpa insan yang bergelar guru - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia tidak akan terbentuk tanpa insan yang bergelar guru - Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/03/malaysia-tidak-akan-terbentuk-tanpa.html