link : PPD, JPN diharap bantu suburkan "cinta" dalam pendidikan - Maszlee
PPD, JPN diharap bantu suburkan "cinta" dalam pendidikan - Maszlee
Imej via FB KPM |
Berucap di hadapan sekitar 500 hadirin, yang terdiri daripada warga pendidik dari Daerah Semporna, Kunak, Tawau dan Lahad Datu, beliau berkata, ukuran kejayaan hendaklah diukur dengan nilai yang berjaya dibina dalam diri anak-anak kita.
"Pendidikan ialah soal menginsankan individu, membentuk citra keperibadian, keunggulan akhlak, kemutiaraan tutur kata dan keluhuran pancasila (rukun kehidupan)," jelas beliau.
"Peringkat pelaksanaan merupakan peringkat yang sangat mencabar, saya tahu, dan saya sangat-sangat memerlukan bantuan daripada anda semua.
"Kesimpulannya, jika tanya kepada saya, apakah itu pendidikan, jawapan saya mudah, pendidikan ialah cinta.
"Dan saya mahu mengembalikan pedagogi cinta ke dalam pendidikan. Itulah hasrat murni, aspirasi besar yang ingin kita capai bersama, di sebalik segala perubahan yang telah, sedang dan akan kita laksanakan," kata beliau.
Turut hadir, YB Datuk Dr. Yusof Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah; YBhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia; YBhg Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan YBrs Mistrine Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.
Sumber: FB KPM
Demikianlah Artikel PPD, JPN diharap bantu suburkan "cinta" dalam pendidikan - Maszlee
Sekianlah artikel PPD, JPN diharap bantu suburkan "cinta" dalam pendidikan - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPD, JPN diharap bantu suburkan "cinta" dalam pendidikan - Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/03/ppd-jpn-diharap-bantu-suburkan-cinta.html