Sumbangan PIBG wajar dapat pelepasan cukai

Sumbangan PIBG wajar dapat pelepasan cukai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sumbangan PIBG wajar dapat pelepasan cukai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sumbangan PIBG wajar dapat pelepasan cukai
link : Sumbangan PIBG wajar dapat pelepasan cukai

Baca juga


Sumbangan PIBG wajar dapat pelepasan cukai

Imej via Utusan
JELI 2 Mac - Kerajaan Pusat diminta mempertimbangkan cadangan supaya mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menerima pelepasan cukai sehingga sekurang-kurangnya RM200.
Pengerusi Pertubuhan Muafakat Harapan Malaysia (Muafakat) Kelantan, Azran Deraman berkata, langkah tersebut dapat menggalakkan golongan itu memberi sumbangan kepada sekolah anak masing-masing.

Secara tidak langsung katanya, ia mampu menyelesaikan masalah kekurangan dana yang sedang dihadapi kebanyakan PIBG di sekolah-sekolah seluruh negara hari ini.

"Diharap pihak Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan dapat melihat perkara ini dan mempertimbangkan cadangan membenarkan pelepasan cukai sehingga RM200 kepada ibu bapa yang membuat sumbangan kepada PIBG," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat PIBG dan Penyampaian Duit Bantuan Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Chanal, di sini hari ini.

Azran dalam pada itu berharap Kementerian Pendidikan dapat memberikan tumpuan segera dalam menyelesaikan masalah kemudahan bilik darjah, kelengkapan pembelajaran dan akses jalan yang masih lagi daif di kawasan pedalaman negeri ini

Kata beliau, antara isu lain yang wajar diberi tumpuan segera pihak kementerian ialah permohonan pertukaran guru-guru yang menghadapi masalah keluarga, masalah kesihatan dan masalah penempatan.
"Umum mengetahui permasalahan permohonan pertukaran guru-guru merupakan isu yang tidak dapat diselesaikan dengan baik hingga kini. Luahan dan kekecewaan mereka boleh kita lihat di media sosial seperti Facebook, Whatsapp atau lain-lain.

"Bagi pembangunan jangka panjang atlet sukan Malaysia, saya harap Kementerian Pendidikan dapat berusaha mengupayakan semula kemudahan sukan dengan mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Berprestasi Tinggi di sekolah-sekolah terpilih," katanya.

Kata beliau, kunjungan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ke negeri ini, esok diharap membawa beberapa berita gembira buat warga pendidik di Kelantan.

Sumber - UTUSAN ONLINE
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sumbangan PIBG wajar dapat pelepasan cukai

Sekianlah artikel Sumbangan PIBG wajar dapat pelepasan cukai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sumbangan PIBG wajar dapat pelepasan cukai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/03/sumbangan-pibg-wajar-dapat-pelepasan.html

Subscribe to receive free email updates: