link : 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Aktiviti atau permainan yang menarik hendaklah diadakan dalam setiap perjumpaan atau perkhemahan Pengakap. Dengan ini barulah Pengakap dapat bersukaria serta menambahkan kecekapan dan pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti itu.
Jangan adakan aktiviti yang serupa setiap kali perjumpaan kerana ini akan membosankan Pengakap apabila diulang selalu.
Sekiranya aktiviti itu memerlukan alatan, eloklah disediakan sebelum sesuatu perjumpaan atau perkhemahan. Keselamatan Pengakap adalah penting dalam setiap aktiviti dan pastikan mereka mematuhi seluruh peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti itu.
Kami kongsikan di sini aktiviti outdoor (dalaman) untuk perkhemahan pengakap.
Dijalankan semasa perjumpaan atau perkhemahan Pengakap.
1. Mendirikan Khemah
Pengakap diberi latihan mendirikan khemah supaya mereka cekap dan mahir mendirikan khemah sendiri. Cara lain ialah mendirikan khemah dalam gelap iaitu dengan menyuruh Pengakap menutup mata mereka dengan skaf dan bayangkan pada masa itu sudah malam dan keadaan gelap gulita.
Anda perlukan khemah? Jangan lupa layari JENOBA OUTDOOR untuk pelbagai koleksi peralatan perkhemahan dengan harga yang sangat berpatutan.
2. Latihan Kecemasan
Sebelum mengadakan aktiviti ini; pastikan semua Pengakap sudah dilatih dengan kemahiran pertolongan cemas. Tuliskan beberapa kemalangan seperti kemalangan jalan raya, kebakaran, lemas dll pada kertas tugasan dan serahkan kepada ketua patrol untuk menjalankan aktiviti tersebut bersama patrolnya.
3. Merintis (Pioneering)
Pastikan semua Pengakap sudah mahir dengan ikatan dan simpulan. Gunakan tali yang sesuai apabila membina sesuatu projek perintis. Pastikan projek itu selamat sebelum mencubanya. Ketua patrol boleh merujuk kepada carta-carta atau model- model projek yang hendak mereka bina.
Selain daripada membuat projek, Pengakap boleh juga membuat gadjet yang berguna dalam sesuatu perkhemahan. Ini adalah satu latihan yang amat berguna kepada Pengakap kerana ia dapat memahirkan simpulan dan ikatan mereka.
4. Memasak
Adakan dua jenis masakan iaitu masakan dengan menggunakan alat-alat dapur dan memasak cara hutan/`Backwoodsman”. Satu peraduan boleh diadakan untuk menentukan patrol yang cekap sekali dalam masakan.
5. Memotong Kayu
Aktiviti ini membolehkan Pengakap menunjukkan kecekapan mereka dalam pengetahuan menggunakan kapak. Pastikan semua langkah keselamatan diambil oleh setiap Pengakap yang menyertainya. Kayu yang dipotong itu boleh digunakan sebagai kayu api dalam perkhemahan atau untuk gadjet/projek perintis.
6. Mengikut Jejak (Tracking)
Aktiviti ini adalah untuk menduga pengetahuan tentang tanda-tanda kejadian hutan yang boleh dijejak dan dibinanya sendiri. Pengakap boleh memahirkan pengetahuannya dengan menggunakan kayu, lalang/rumput, batu sebagai membina tanda-tanda kejadian hutan tersebut.
Selain daripada itu, benang atau kertas warna juga boleh digunakan. Taburkan benang atau kertas warna mengikut jalan yang ditentukan untuk dilalui oleh Pengakap.
Cara yang ketiga ialah dengan mengheret batang kayu di atas tanah supaya ia meninggalkan kesan. Pastikan ada kesan di atas tanah supaya Pengakap dapat menjejakinya.
7. Orienteering
Sebelum mengadakan aktiviti ini, adakan latihan menggunakan kompas dan peta (terutama peta topo).
a) Route Orienteering – Pengakap dikehendaki mengikut satu perjalanan yang telah ditetapkan. Salin perjalanan itu daripada peta yang ditunjukkan. Dalam perjalanan itu, Pengakap ditugaskan untuk menandakan stesyen-stesyen tertentu sebagai tugasan dalam peta lakaran mereka. Satu had masa hendaklah ditetapkan.
b) Projek Orienteering – Pengakap dikehendaki mengikut satu perjalanan setelah menyalinnya di atas peta mereka. Apabila mereka menemui satu stesyen, mereka dikehendaki membuat sesuatu aktiviti, misalnya: mengutip duaa jenis daun, buah-buahan, serangga dll.
8. Harta Karun
Alatan: Peta lakaran, peta topo, arahan/tugasan, kompas, objek seperti kacang, gula-gula (sebagai `Harta Karun’).
Satu peta kasar (dengan bertanda X) yang menunjukkan tempat sesuatu objek disembunyikan diletakkan di satu tempat, misalnya: di kawaasan padang. Pada peta itu, boleh disertakan arahan lain untuk dijalankan oleh Pengakap itu. Bereng kompas boleh diberi untuk panduan Pengakap mencari arah lain sehingga terjumpanya `Harta Karun’ itu.
9. Nature’s Hunt
Pengakap dikehendaki mencari ilmu kejadian seperti serangga, daun, buah- buahan, bunga dll. Tuliskan arahan/tugasan di kertas dan masukkan ke dalam sampul surat. Lebih elok adaakan satu cerita, misalnya: “Wahai pehlawan- pahlawan yang pengecut, tibalah masanya untuk menunjukkan kegagahanmu kerana puteri beta telah dihinggapi penyakit angau dan dukun beta berkehendakkan benda-benda sebagai ubat:- Seekor semut, seekor nyamuk, seekor belalang, daun ketapang, lalang, buah jambu ... Benda-benda yang dikehendaki hendaklah yang boleh didapati/perolehi di kawasan itu dan senarai yang diberi kepada setiap patrol hendaklah berlainan/berbeza.
10. Night Orienteering
Aktiviti ini sama seperti Orienteering tetapi ia dilakukan pada waktu malam. Pastikan Pengakap itu berpakaian uniform lengkap dan membawa lampu suluh: satu lampu di hadapan dan satu lagi di belakang patrol.
11. Night Stalking
Aktiviti ini diajalankan pada waktu malam dan semua Pengakap dikehendaki beruniform lengkap. Mereka dikehendaki mengekori seorang yang akan menjalankan beberapa gerakerja di sesuatu tempat. Pada bila-bila masa, orang itu akan menoleh ke belakang untuk menangkap Pengakap yang mengekorinya/yang mengintipnya. Pengakap itu pula hendaklah bersembunyi apabila orang itu cuba menangkapnya.
Pada akhir aktiviti ini, Pengakap itu hendaklah melaporkan gerakerja yang dilakukan oleh orang yang diintip itu. Sementara orang itu pula, dikehendaki melaporkan jumlah Pengakap yang dia dapat lihat dan markah akan ditolak bagi setiap Pengakap yang dapat dilihatnya.
12. Mata Angin
Sebelum itu, tentukan arah mata angin yang betul iaitu UTARA, SELATAN, BARAT dan TIMUR. Tiap-tiap patrol berbaris menghadap ke arah UTARA.
Ketua patrol berdiri di hadapan dan Penolong Ketua Patrol berdiri di belakang patrol. Bila pengakap mendengar `SELATAN’ – mereka hendaklah melompat dan berdiri menghadap ke arah SELATAN. Jika didapati Pengakap itu menghadap ke arah lain maka dia dikehendaki duduk dan permainan itu diteruskan semula.
Bila didapati semua Pengakap dalam suatu patrol itu telah dihukum duduk, patrol itu diisytiharkan kalah.
13. Komando Lawan Komunis
Pengakap dibahagikan kepada dua pasukan; satu Komando dan satu lagi Komunis.
`Nyawa’ mereka ialah skaf yang diikatkan di kepala mereka. Mereka dihekendaki merebut skaf yang ada di kepala musuh mereka.
Komunis diberi masa untuk bersembunyi dan kemudian Komando akan mencari mereka. Apabila `nyawa’ dicabut, mereka diisytiharkan `mati’ dan terkeluar daripada permainan. Yang `mati’ tidak dapat bermain lagi.
Pastikan kejadian bergaduh seperti lawan bersilat atau bertumbuk tidak terjadi. Bila mereka menang, wisel ditiupkan dan kehendaki berkumpul. Kiraan mata dibuat untuk mengetahui pemenangnya.
14. Waterloo
Aktiviti ini adalah serupa dengan persaingan di atas tetapi setiap Pengakap diberi plastik/belon yang berisi air berwarna sebagai peluru.
Setiap seorang boleh diberi 3 – 5 beg plastik. Pengakap dikehendaki berpakaian riadah dan permainan elok dijalankan sebelum rehat mandi.
Sesiapa yang terkena tembakan (badannya didapati basah) tidak dapat berlawan lagi atau dikira `mati’.
Permainan ini boleh dimainkan pada waktu malam supaya Pengakap boleh bersembunyi atau melarikan diri jika diserang.
15. Mengelak Pukulan
Gunakan pemukul bantal atau alat yang lembut dan buatkan satu kawasan bertali.
Pengakap boleh bergerak dengan bebas dalam kawasan bertali tersebut dalam situasi duduk.
Apabila isyarat mula dibuat (wisel), setiap Pengakap cuba memukul Pengakap lain semasa duduk. Cuba elak pukulan yang dibuat supaya anda tidak diisytiharkan `mati’ atau terkeluar daripada permainan.
16. Daftar Alat Perkhemahan
Pengakap diberi sehelai kertas dan pen. Pengakap dikehendaki menyenaraikan seberapa banyak yang boleh peralatan perkhemahan. Masa yang diberi adalah terhad, misalnya satu setengah minit atau dia minit. Pengakap yang paling banyak menyenaraikan peralatan dengan tepat/betul adalah diisytiharkan pemenang.
17. Ibu Ayam
Seorang Pengakap menjadi `helang’ dan pemimpin/ketua patrol menjadi `ibu ayam’. Pengakap dibahagikan kepada beberapa patrol. Setiap patrol memilih nama seekor burung. Ibu ayam akan melaungkan nama sesuatu patrol (ikut nama burung yang telah dipilih) bergilir-gilir. Apabila anak burung (patrol itu) berlari ke arah `ibu ayam’, `helang’ akan cuba menangkapnya. `Ibu ayam’ hendaklah berdiri di tengah-tengah kawasan, patrol-patrol burung ditempatkan pada jarak yang sama jauh dari `ibu ayam’.
18. Tampar Lutut Pasangan
Pengakap akan duduk berhadapan (menghadap antara satu sama lain) menghadap lawan. Tiap-tiap seorang akan cuba untuk menampar lutut lawannya. Masa akan diberikan dan jumlah tampar yang tertinggi dan yang paling rendah mengelak adalah dikira sebagai pemenang.
19. Bercerita/Membawa
Pemimpin terlebih dahulu perlu memisahkan/menjarakkan antara satu patrol dengan patrol yang lain dan antara Pengakap dengan Pengakap dalam patrol masing-masing supaya berita yang disampaikan tidak akan didengari bersama oleh patrol lain atau ahli lain.
Pemimpin akan memanggil semua Ketua Patrol dan memberikan satu cerita bersiri. Cerita tersebut hendaklah sederhana panjang. Pemimpin perlu mengulang beberapa kali cerita tersebut sebelum Ketua Patrol pulang ke patrolnya dan bercerita.
Setelah ketua patrol mendengar cerita bersiri tersebut, dia dikehendaki kembali ke patrolnya dan menghebahkan cerita tersebut secara berbisik dari seorang (kedua) ke seorang ahli lain (ketiga) dalam barisan yang lurus yang bermula dari depan (Ketua Patrol) sehingga selesai. Berita tersebut hanya boleh didengari oleh pengutusnya kepada penerimanya sahaja.
Ketua patrol tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat atau maklumat kepada orang ketiga atau begitulah antara ahlinya. Setelah selesai berita itu disampaikan, semua ahli yang terakhir dalam setiap patrol akan dipanggil berkumpul. Mereka akan disuruh menceritakan kembali berita/cerita yang telah disampaikan tadi (mereka terima).
Bandingkan isi cerita yang diperdengarkan dengan isi cerita yang diarahkan oleh pemimpin. Permainan ini amat menarik jika dilakukan kepada banyak patrol.
20. Lembu Kena Kepung
Ahli patrol memegang tangan dan membuat satu bulatan.
Seorang Pengakap menjadi `lembu’ dan berdiri dalam bulatan. Lembu itu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara dan ahli-ahli Pengakap yang membuat bulatan pula cuba seberapa yang boleh menahan `lembu’ tersebut dari keluar daripada bulatan tersebut.
Jika `lembu’ itu dapat keluar daripada kepungan itu, tukarkan ahli Pengakap lain sebagai `lembu’ dan begitulah seterusnya.
21. Lumba Lari Keldai Berganti-ganti
Dua garisan A dan B ditandakan pada jarak 10 meter. Patrol-patrol dibahgikan dua kumpulan: satu kumpulan berdiri di belakang garisan A dan B.
Bila isyarat `mula’ diberikan, pelari pertama berlari merangkak songsang (ke belakang) ke arah pelari kedua pasukannya yang berada di belakang garisan B. Pelari kedua mula berlari apabila sahaja pelari pertama melintasi garisan B. Begitulah seterusnya bertukar ganti.
22. Elak Bola dalam Bulatan
Alatan: Bola (boleh lebih daripada satu)
Pilih dua patrol untuk membentuk satu bulatan yang besar. Patrol lain berdiri di dalam bulatan yang ditandakan. Ahli Pengakap yang berada di dalam bulatan akan direjam dengan bola dan sekiranya terkena Pengakap tersebut dikira `MATI’.
Rejaman hanya sah sekiranya terkena di bahagian bawah lutut Pengakap yang berada dalam bulatan. Pengakap yang `terkena’ rejaman itu iaitu sdah `MATI’, hendaklah mengambil tempat dengan segera di garisan bulatan dan dibenarkan mengambil bahagian merejam bola. Lontaran itu hendaklah dibuat bertubi-tubi dengan seberapa cepat dan hendaklah digalakkan ketepatan memandang.
Permainan bolehlah diteruskan hinggalah hanya seorang Pengakap sahaja berada dalam bulatan dan dia diisytiharkan sebagai pemenang.
23. Bola Edar /Bola Sentuh
Alatan: Bola.
Pengakap disuruh mencari tempat atau ruang sendiri dalam kawasan yang telah ditetapkan.
Permainan dimulakan apabila seorang pemain mengambil bola dan cuba melempar/merejamkan kepada Pengakap lain. Pengakap yang terkena rejaman tersebut dikehendaki duduk berdekam di tempat terkenanya rejaman. Dia boleh mengambil bahagian semula sekiranya dia dapat memungut bola yang datang ke arahnya sambil memungut bola tersebut lalu merejam kepada Pengakap lain yang masih bebas bergerak (mesti melakukan lemparan/rejaman tersebut dari kedudukan berdekam sahaja).
Pengakap yang belum kena rejam adalah bebas bergerak untuk mengelakkan dirinya daripada terkena rejaman. Permainan ini tamat apabila semua pemain sudah `kena rejam’ dan berada dalam aksi duduk/berdekam. Apabila hanya tinggal beberapa orang sahaja Pengakap yang masih bebas, galakkan Pengakap menghantar bola ke sekeliling kawasan sehingga sesuatu rejaman boleh dibuat.
Untuk merancakkan permainan, bilangan bola boleh ditambah (lebih dari sebiji).
24. Pijak Kaki
Tiap-tiap Pengakap akan cuba memijak jari kaki lawan masing-masing sambil itu cuba mengelak jari kakinya sendiri dipijak lawan.
25. Lawan Runtun Satu Tangan
Pasangan mencekak pergelangan tangan lawan (kiri dan kanan)masing-masing. Kemudian berpaling sisi dan cuba menarik lawannya melintasi garisan yang ditandakan.
26. Anak Lembu Degil
Seorang Pengakap membuat aksi rangkak, seorang lagi memacakkan jarinya di belakang tengkuk lawannya yang berada dalam aksi merangkak tadi. Dia cuba menarik lawannya ke hadapan dari `anak lembu’ itu serta anak lembu cuba menentangnya (menarik ke belakang).
27. Tinju Sebelah Tangan/Tampar Beruk
Setiap pasangan memegang pergelangan tangan kiri atau tangan kanan lawan masing-masing. Tujuannya ialah cuba mencuit (menyentuh) muka lawannya. Lawannya cuba seberapa yang boleh mengelakkan dirinya supaya mukanya tidak disentuh.
28. Gusti Lengan
Tiap-tiap pasangan menggenggam tapak tangan lawan dengan setiap siku berkedudukan selari dan sebelah tangan lagi memegang tangan lawan yang berkedudukan bersilang di bawah tangan yang akan bergusti. Pasangan perlulah menumbangkan tangan lawan sehingga lebah.
Projek-projek Untuk Patrol
1. Membuat wogel
2. Membuat sarung pisau/kapak
3. Membuat kotak alatan/pertolongan cemas/papan kenyataan
Jangan adakan aktiviti yang serupa setiap kali perjumpaan kerana ini akan membosankan Pengakap apabila diulang selalu.
Sekiranya aktiviti itu memerlukan alatan, eloklah disediakan sebelum sesuatu perjumpaan atau perkhemahan. Keselamatan Pengakap adalah penting dalam setiap aktiviti dan pastikan mereka mematuhi seluruh peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti itu.
Kami kongsikan di sini aktiviti outdoor (dalaman) untuk perkhemahan pengakap.
AKTIVITI LUAR (Outdoor Games)
Dijalankan semasa perjumpaan atau perkhemahan Pengakap.
1. Mendirikan Khemah
Video hiasan |
JOM SHOPPING KHEMAH!!!
Anda perlukan khemah? Jangan lupa layari JENOBA OUTDOOR untuk pelbagai koleksi peralatan perkhemahan dengan harga yang sangat berpatutan.
0199061018 dan 0192550891.
Emel: jenobatrading@gmail.com
2. Latihan Kecemasan
Video hiasan |
3. Merintis (Pioneering)
Selain daripada membuat projek, Pengakap boleh juga membuat gadjet yang berguna dalam sesuatu perkhemahan. Ini adalah satu latihan yang amat berguna kepada Pengakap kerana ia dapat memahirkan simpulan dan ikatan mereka.
4. Memasak
5. Memotong Kayu
Video hiasan |
6. Mengikut Jejak (Tracking)
Video hiasan |
Selain daripada itu, benang atau kertas warna juga boleh digunakan. Taburkan benang atau kertas warna mengikut jalan yang ditentukan untuk dilalui oleh Pengakap.
Cara yang ketiga ialah dengan mengheret batang kayu di atas tanah supaya ia meninggalkan kesan. Pastikan ada kesan di atas tanah supaya Pengakap dapat menjejakinya.
7. Orienteering
Video hiasan |
a) Route Orienteering – Pengakap dikehendaki mengikut satu perjalanan yang telah ditetapkan. Salin perjalanan itu daripada peta yang ditunjukkan. Dalam perjalanan itu, Pengakap ditugaskan untuk menandakan stesyen-stesyen tertentu sebagai tugasan dalam peta lakaran mereka. Satu had masa hendaklah ditetapkan.
b) Projek Orienteering – Pengakap dikehendaki mengikut satu perjalanan setelah menyalinnya di atas peta mereka. Apabila mereka menemui satu stesyen, mereka dikehendaki membuat sesuatu aktiviti, misalnya: mengutip duaa jenis daun, buah-buahan, serangga dll.
8. Harta Karun
Video hiasan |
Satu peta kasar (dengan bertanda X) yang menunjukkan tempat sesuatu objek disembunyikan diletakkan di satu tempat, misalnya: di kawaasan padang. Pada peta itu, boleh disertakan arahan lain untuk dijalankan oleh Pengakap itu. Bereng kompas boleh diberi untuk panduan Pengakap mencari arah lain sehingga terjumpanya `Harta Karun’ itu.
9. Nature’s Hunt
Video hiasan |
10. Night Orienteering
Video hiasan |
11. Night Stalking
Video hiasan |
Pada akhir aktiviti ini, Pengakap itu hendaklah melaporkan gerakerja yang dilakukan oleh orang yang diintip itu. Sementara orang itu pula, dikehendaki melaporkan jumlah Pengakap yang dia dapat lihat dan markah akan ditolak bagi setiap Pengakap yang dapat dilihatnya.
12. Mata Angin
Video hiasan |
Ketua patrol berdiri di hadapan dan Penolong Ketua Patrol berdiri di belakang patrol. Bila pengakap mendengar `SELATAN’ – mereka hendaklah melompat dan berdiri menghadap ke arah SELATAN. Jika didapati Pengakap itu menghadap ke arah lain maka dia dikehendaki duduk dan permainan itu diteruskan semula.
Bila didapati semua Pengakap dalam suatu patrol itu telah dihukum duduk, patrol itu diisytiharkan kalah.
13. Komando Lawan Komunis
Video hiasan |
`Nyawa’ mereka ialah skaf yang diikatkan di kepala mereka. Mereka dihekendaki merebut skaf yang ada di kepala musuh mereka.
Komunis diberi masa untuk bersembunyi dan kemudian Komando akan mencari mereka. Apabila `nyawa’ dicabut, mereka diisytiharkan `mati’ dan terkeluar daripada permainan. Yang `mati’ tidak dapat bermain lagi.
Pastikan kejadian bergaduh seperti lawan bersilat atau bertumbuk tidak terjadi. Bila mereka menang, wisel ditiupkan dan kehendaki berkumpul. Kiraan mata dibuat untuk mengetahui pemenangnya.
14. Waterloo
Video hiasan |
Setiap seorang boleh diberi 3 – 5 beg plastik. Pengakap dikehendaki berpakaian riadah dan permainan elok dijalankan sebelum rehat mandi.
Sesiapa yang terkena tembakan (badannya didapati basah) tidak dapat berlawan lagi atau dikira `mati’.
Permainan ini boleh dimainkan pada waktu malam supaya Pengakap boleh bersembunyi atau melarikan diri jika diserang.
15. Mengelak Pukulan
Video hiasan |
Pengakap boleh bergerak dengan bebas dalam kawasan bertali tersebut dalam situasi duduk.
Apabila isyarat mula dibuat (wisel), setiap Pengakap cuba memukul Pengakap lain semasa duduk. Cuba elak pukulan yang dibuat supaya anda tidak diisytiharkan `mati’ atau terkeluar daripada permainan.
16. Daftar Alat Perkhemahan
Video hiasan |
17. Ibu Ayam
18. Tampar Lutut Pasangan
Video hiasan |
19. Bercerita/Membawa
Video hiasan |
Pemimpin akan memanggil semua Ketua Patrol dan memberikan satu cerita bersiri. Cerita tersebut hendaklah sederhana panjang. Pemimpin perlu mengulang beberapa kali cerita tersebut sebelum Ketua Patrol pulang ke patrolnya dan bercerita.
Setelah ketua patrol mendengar cerita bersiri tersebut, dia dikehendaki kembali ke patrolnya dan menghebahkan cerita tersebut secara berbisik dari seorang (kedua) ke seorang ahli lain (ketiga) dalam barisan yang lurus yang bermula dari depan (Ketua Patrol) sehingga selesai. Berita tersebut hanya boleh didengari oleh pengutusnya kepada penerimanya sahaja.
Ketua patrol tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat atau maklumat kepada orang ketiga atau begitulah antara ahlinya. Setelah selesai berita itu disampaikan, semua ahli yang terakhir dalam setiap patrol akan dipanggil berkumpul. Mereka akan disuruh menceritakan kembali berita/cerita yang telah disampaikan tadi (mereka terima).
Bandingkan isi cerita yang diperdengarkan dengan isi cerita yang diarahkan oleh pemimpin. Permainan ini amat menarik jika dilakukan kepada banyak patrol.
20. Lembu Kena Kepung
Video hiasan |
Seorang Pengakap menjadi `lembu’ dan berdiri dalam bulatan. Lembu itu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara dan ahli-ahli Pengakap yang membuat bulatan pula cuba seberapa yang boleh menahan `lembu’ tersebut dari keluar daripada bulatan tersebut.
Jika `lembu’ itu dapat keluar daripada kepungan itu, tukarkan ahli Pengakap lain sebagai `lembu’ dan begitulah seterusnya.
21. Lumba Lari Keldai Berganti-ganti
Video hiasan |
Bila isyarat `mula’ diberikan, pelari pertama berlari merangkak songsang (ke belakang) ke arah pelari kedua pasukannya yang berada di belakang garisan B. Pelari kedua mula berlari apabila sahaja pelari pertama melintasi garisan B. Begitulah seterusnya bertukar ganti.
22. Elak Bola dalam Bulatan
Video hiasan |
Pilih dua patrol untuk membentuk satu bulatan yang besar. Patrol lain berdiri di dalam bulatan yang ditandakan. Ahli Pengakap yang berada di dalam bulatan akan direjam dengan bola dan sekiranya terkena Pengakap tersebut dikira `MATI’.
Rejaman hanya sah sekiranya terkena di bahagian bawah lutut Pengakap yang berada dalam bulatan. Pengakap yang `terkena’ rejaman itu iaitu sdah `MATI’, hendaklah mengambil tempat dengan segera di garisan bulatan dan dibenarkan mengambil bahagian merejam bola. Lontaran itu hendaklah dibuat bertubi-tubi dengan seberapa cepat dan hendaklah digalakkan ketepatan memandang.
Permainan bolehlah diteruskan hinggalah hanya seorang Pengakap sahaja berada dalam bulatan dan dia diisytiharkan sebagai pemenang.
23. Bola Edar /Bola Sentuh
Video hiasan |
Pengakap disuruh mencari tempat atau ruang sendiri dalam kawasan yang telah ditetapkan.
Permainan dimulakan apabila seorang pemain mengambil bola dan cuba melempar/merejamkan kepada Pengakap lain. Pengakap yang terkena rejaman tersebut dikehendaki duduk berdekam di tempat terkenanya rejaman. Dia boleh mengambil bahagian semula sekiranya dia dapat memungut bola yang datang ke arahnya sambil memungut bola tersebut lalu merejam kepada Pengakap lain yang masih bebas bergerak (mesti melakukan lemparan/rejaman tersebut dari kedudukan berdekam sahaja).
Pengakap yang belum kena rejam adalah bebas bergerak untuk mengelakkan dirinya daripada terkena rejaman. Permainan ini tamat apabila semua pemain sudah `kena rejam’ dan berada dalam aksi duduk/berdekam. Apabila hanya tinggal beberapa orang sahaja Pengakap yang masih bebas, galakkan Pengakap menghantar bola ke sekeliling kawasan sehingga sesuatu rejaman boleh dibuat.
Untuk merancakkan permainan, bilangan bola boleh ditambah (lebih dari sebiji).
24. Pijak Kaki
Gambar hiasan |
Tiap-tiap Pengakap akan cuba memijak jari kaki lawan masing-masing sambil itu cuba mengelak jari kakinya sendiri dipijak lawan.
25. Lawan Runtun Satu Tangan
Video hiasan |
26. Anak Lembu Degil
Video hiasan |
27. Tinju Sebelah Tangan/Tampar Beruk
Video hiasan |
28. Gusti Lengan
Video hiasan |
Projek-projek Untuk Patrol
1. Membuat wogel
2. Membuat sarung pisau/kapak
3. Membuat kotak alatan/pertolongan cemas/papan kenyataan
JOM SHOPPING KHEMAH!!!
Anda perlukan khemah? Jangan lupa layari JENOBA OUTDOOR untuk pelbagai koleksi peralatan perkhemahan dengan harga yang sangat berpatutan.
0199061018 dan 0192550891.
Emel: jenobatrading@gmail.com
Demikianlah Artikel 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap
Sekianlah artikel 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 28 cadangan aktiviti/permainan luar (outdoor) perkhemahan pengakap dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/28-cadangan-aktivitipermainan-luar.html