link : Cadangan aktiviti permainan ketika Latihan Dalam Perkhidmatan (LDK)
Cadangan aktiviti permainan ketika Latihan Dalam Perkhidmatan (LDK)
Berikut disenaraikan beberapa aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang boleh dijadikan panduan.
Semoga bermanfaat!
1. Mukaddimah
Aktiviti :
i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan “Surah Al-Fatihah” bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program.
2. Wisel
Aktiviti :
i. Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
ii. Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan.
Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran
3. Ucapan Tahniah
Aktiviti :
1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan sebelah
2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak berbau busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan
4. Barang Amanah
Aktiviti :
i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program.
ii. Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi, maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai).
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.
5. Nyanyian Lagu Motivasi
Aktiviti :
i. Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
ii. Contohnya lagu “Warisan” yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan pemimpin negara di masa hadapan.
Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.
6. Salam Semut
Aktiviti :
i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati).
ii. Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan “tahniah” (Bagi sama jantina).
iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda kemesraan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.
7. Senyum
Aktiviti :
i. Sebut perkataan “tempey”.
ii. Latihan senyum :
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.
8. Kungfu Wacha (1,2,3,4)
Aktiviti :
Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri
9. Kelopak Jantung
Aktiviti :
1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak”
3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung”
4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyi kompang.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar
10. Tepuk energy
Aktiviti :
Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa
Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit “hooooo”
Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit “hooooo” dan berdiri sambil bergerak
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.
11. Gosok Tangan
Aktiviti :
1. Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah)
Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan dari tanah
12. Fokus
Aktiviti :
1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke dahi.
3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor)
13. Pegang Dagu
Aktiviti :
1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan “alololooo”
2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelajar melakukan aktiviti ini
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat
14. Urutan
Aktiviti :
1. Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di kalangan pelajar.
15. Sentuhan Kasih
Aktiviti :
1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum dikenali dengan rapat)
2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain.
3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.
16. Pengelompokan mengikut kriteria
Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti :
a. Sama jantina
b. Sama tahun lahir
c. Sama bulan kelahiran
d. Sama saiz kasut
e. Sama warna baju / seluar dll.
ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.
17. Group in…
Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan fasilitator.
ii. Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..”
iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan penerimaan dalam kumpulan.
18. Kerusi Panas
Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
ii. Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat duduk dengan rakan-rakan yang lain.
iii. Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
iv. Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar tempat duduk”. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah.
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelum bertindak.
19. Bunyi paling menarik
Aktiviti :
i. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan yang menarik.
ii. Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik.
iii. Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan.
20. Pergerakan paling menarik
Aktiviti :
i. Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan.
ii. Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar.
iii. Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu, Hindustan, Cina dan sebagainya.
iv. Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi menggalakkan penglibatan pelajar.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam melakukan sesuatu perkara.
21. Uji Bakat
Aktiviti :
i. Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
a. Ketua
b. Penolong
c. Setiausaha.
iii. Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sebagainya dengan diiringi muzik.
iv. Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari :
a. Peserta yang paling comel
b. Peserta yang paling bijak berbicara
c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.
22. Aktiviti Keretapi
Aktiviti :
i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-masing menngunakan ‘masking tape’.
ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak).
iii. Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit – 5 minit).
v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca nilai-nilai yang diperolehi.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin.
23. Brainstorming
Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak kapur dll.
iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir.
iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll.
vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll.
vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan.
viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada setiap pemimpin dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas.
24. Aktiviti ‘scanning’ (Strength and Weakness)
Aktiviti :
i. Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
ii. Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras)
iii. Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang boleh mengaibkan pasangan.
Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki kekurangan.
25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark
Aktiviti :
i. Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan.
ii. Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan bagi menaikkan semangat ahli kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.
JOM SHOPPING KHEMAH!!!
LDK akan menjadi lebih seronok jika dilakukan secara outdoor. Outdoor sambil berkhemah!
Anda perlukan khemah? Jangan lupa layari JENOBA OUTDOOR untuk pelbagai koleksi peralatan perkhemahan dengan harga yang sangat berpatutan.
Demikianlah Artikel Cadangan aktiviti permainan ketika Latihan Dalam Perkhidmatan (LDK)
Sekianlah artikel Cadangan aktiviti permainan ketika Latihan Dalam Perkhidmatan (LDK) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cadangan aktiviti permainan ketika Latihan Dalam Perkhidmatan (LDK) dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/cadangan-aktiviti-permainan-ketika.html