Jenazah 3 murid kemalangan disembahyangkan di sekolah

Jenazah 3 murid kemalangan disembahyangkan di sekolah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenazah 3 murid kemalangan disembahyangkan di sekolah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenazah 3 murid kemalangan disembahyangkan di sekolah
link : Jenazah 3 murid kemalangan disembahyangkan di sekolah

Baca juga


Jenazah 3 murid kemalangan disembahyangkan di sekolah

KOTA TINGGI - Jenazah tiga murid yang maut dalam kemalangan ketika pulang dari perlawanan petanque semalam disembahyang di surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim di sini pagi ini.
Jenazah Mohamad Noriman Bastaman, 17, Daing Muhammad Afeeq Mohd. Ateeq-ur Rahman, 16 dan Mohammad Syafawi Zayadi, 17, disembahyangkan kira-kira 100 pelajar serta guru sekolah terbabit di Surau AlHakim sekolah berkenaan.

Terdahulu, jenazah ketiga-tiga sahabat itu selesai dibedah siasat kira-kira pukul 2 pagi tadi di Hospital Kota Tinggi (HKT) selepas disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke rumah masing-masing di Felda Lok Heng di sini.

Jenazah mereka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lok Heng Barat di sini.
Semalam, Kosmo! Online melaporkan tiga murid SMK Lokman Hakim, Felda Lok Heng maut apabila kereta Proton Wira dinaiki mereka bersama seorang guru wanita terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di laluan Kota Tinggi-Bandar Penawar, berhampiran simpang Lok Heng di sini petang semalam.

Nahas itu menyebabkan dua daripada murid terbabit maut selepas tercampak keluar daripada kereta manakala seorang lagi daripada mereka tersepit di tempat duduk hadapan.

Kemalangan itu turut menyebabkan pemandu yang juga guru pengiring, Widyawati Simarani, 46, serta pemandu kereta Perodua Myvi, Naziha Aqmaliah Mazlan, 24, mengalami kecederaan dan dirawat di HKT.

Sumber - K! ONLINE
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jenazah 3 murid kemalangan disembahyangkan di sekolah

Sekianlah artikel Jenazah 3 murid kemalangan disembahyangkan di sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenazah 3 murid kemalangan disembahyangkan di sekolah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/jenazah-3-murid-kemalangan.html

Subscribe to receive free email updates: