PIBG buat kejutan Hari Guru cuci kereta cikgu

PIBG buat kejutan Hari Guru cuci kereta cikgu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PIBG buat kejutan Hari Guru cuci kereta cikgu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PIBG buat kejutan Hari Guru cuci kereta cikgu
link : PIBG buat kejutan Hari Guru cuci kereta cikgu

Baca juga


PIBG buat kejutan Hari Guru cuci kereta cikgu

KOTA BHARU: Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor, di sini, hari ini tampil kelainan apabila ibu bapa hadir membuat kejutan untuk membasuh kereta guru.

Kehadiran 15 ibu bapa seawal jam 8 pagi tadi dengan masing-masing membawa baldi, cecair pembersih dan kain pengelap ternyata mengejutkan guru di sekolah itu.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Hisyam Daud, berkata ia adalah sebahagian kejutan yang dirancang jawatankuasa PIBG tanpa pengetahuan guru sekolah itu.
“Kami adalah ibu bapa murid Tahun Enam hadir pada hari ini bagi menghargai jasa guru yang mendidik anak-anak kami daripada Tahun Satu hingga sekarang berada di Tahun Enam.

“Kami sempat mencuci kesemua 46 kereta guru termasuk empat motosikal.

“Kerja mencuci kenderaan dimulakan ketika semua guru bersama 268 murid berkumpul di medan perhimpunan bagi menyambut Hari Guru,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Guru Besar sekolah itu, Zurina Ripin berkata, ini adalah kali pertama kehadiran ibu bapa secara berkumpulan untuk sama-sama mengadakan aktiviti bagi sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

“Kami hanya sedar apabila mereka selesai membasuh kenderaan dengan menggunakan peralatan yang dibawa sendiri

“Alhamdulillah terima kasih PIBG atas kejutan ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PIBG buat kejutan Hari Guru cuci kereta cikgu

Sekianlah artikel PIBG buat kejutan Hari Guru cuci kereta cikgu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PIBG buat kejutan Hari Guru cuci kereta cikgu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/pibg-buat-kejutan-hari-guru-cuci-kereta.html

Subscribe to receive free email updates: