11 Kanak-Kanak Korban Letupan Gudang Bunga Api

11 Kanak-Kanak Korban Letupan Gudang Bunga Api - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 11 Kanak-Kanak Korban Letupan Gudang Bunga Api, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 11 Kanak-Kanak Korban Letupan Gudang Bunga Api
link : 11 Kanak-Kanak Korban Letupan Gudang Bunga Api

Baca juga


11 Kanak-Kanak Korban Letupan Gudang Bunga Api



MEXICO CITY: Sebelas kanak-kanak antara 14 mangsa yang terkorban akibat letupan gudang bunga api ketika penduduk sebuah perkampungan miskin meraikan upacara keagamaan.

Antara yang terbunuh adalah kanak-kanak berusia antara empat hingga 15 tahun.

Seorang nenek, Carmen Rosas Tentle berkata: “Cucu saya terperangkap dalam runtuhan apabila rumah kami meletup dan runtuh.

"Tiga cucu saya mati di tempat kejadian sementara seorang lagi cedera."

Kejadian di San Isidro itu melibatkan penduduk di kawasan pertanian terpencil dengan kira-kira 40 rumah.

Penduduk San Isidro memasang bunga api untuk perayaan awal menjelang festival di kampung itu pada hujung minggu ini.

Bagaimanapun, satu daripadanya terkena gudang yang menyimpan bahan piroteknik untuk acara berkenaan seterusnya mengakibatkan berlaku letupan, kata jurucakap kerajaan negeri Puebla mengenai kejadian pada lewat Isnin itu.

Letupan itu menyebabkan 22 cedera termasuk tiga kanak-kanak yang kini berada dalam keadaan kritikal, kata pegawai jabatan kerajaan, Javier Lozano.

Kejadian itu berlaku lima bulan selepas tragedi seumpamanya yang membunuh 42 orang di sebuah pasar menjual bunga api berhampiran bandar raya ini.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto menerusi Twitternya meluahkan rasa simpati kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam kemalangan tragis itu. - AFP

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 11 Kanak-Kanak Korban Letupan Gudang Bunga Api

Sekianlah artikel 11 Kanak-Kanak Korban Letupan Gudang Bunga Api kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 11 Kanak-Kanak Korban Letupan Gudang Bunga Api dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/11-kanak-kanak-korban-letupan-gudang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :