Malaysia, China Meterai 3 MoU

Malaysia, China Meterai 3 MoU - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia, China Meterai 3 MoU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia, China Meterai 3 MoU
link : Malaysia, China Meterai 3 MoU

Baca juga


Malaysia, China Meterai 3 MoU



BEIJING: Tiga Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara kerajaan serta beberapa MoU sektor swasta bakal dimeterai sempena lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke China bermula esok hingga 16 Mei ini.

Ia membabitkan pelaburan, kewangan, pengangkutan, pelabuhan, hartanah dan pertanian.

Perdana Menteri akan menghadiri The Belt and Road Forum for International Cooperation (BRF) atas jemputan Presiden Xi Jinping pada 14 hingga 15 Mei.

Forum berkenaan akan turut dihadiri 27 ketua negara lain.

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya, berkata Perdana Menteri akan memulakan lawatannya dengan membuat kunjungan ringkas ke Hangzhou, esok.

Dalam lawatan ringkas itu, beliau akan melawat ibu pejabat Alibaba Group dan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Eksekutifnya, Jack Ma.

Perdana Menteri juga akan menerima kunjungan hormat Setiausaha Parti Wilayah Zhejiang, Che Jun dan menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) dan Hangzhou Municipal Government & Alibaba Company Ltd.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan berlepas ke Beijing.

Bercakap pada sidang media di sini, Zainuddin berkata, pada Najib dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang, esok.

"Perkara berhubung hubungan dua hala dan isu yang mempunyai kepentingan bersama dijangka dibincang semasa pertemuan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, beberapa MoU peringkat kerajaan dijangka ditandatangani dalam pertemuan dua hala itu.

MoU terbabit adalah:

* Menggalakkan Pembangunan Ekonomi Bersama menerusi Jajaran Ekonomi Laluan Sutera dan Initiatif Laluan Sutera Meritim Abad ke-21, membabitkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan China (NDRC).

* Kerjasama dalam bidang Prasarana Pengangkutan antara Kementerian Pengangkutan dengan Kementerian Perdagangan dan Kementerian Pengangkutan China.

* Protokol Keperluan Phytosanitary bagi eksport nanas ke China antara Kementerian Pertanian dan Asas Tani dengan Pentadbiran Am Kawal Selia Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China.

"Beberapa MoU sektor swasta akan turut dimeterai merangkumi bidang pelaburan, kewangan, pengangkutan, pelabuhan, hartanah, pertanian dan lain-lain," kata Zainuddin.

Beliau berkata, pada BRF yang bertemakan "Kerjasama untuk Kesejahteraan Bersama", Perdana Menteri akan turut serta dalam Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin.

Katanya, Perdana Menteri akan berkongsi pandangan dalam sesi berkaitan menggalakkan pertukaran budaya serta kerjasama pragmatik bagi mencapai pembangunan interaktif.

"Selain menzahirkan sokongan Malaysia ke atas Inisiatif Belt & Road (OBOR), yang dipelopori Xi Jinping, lawatah Perdana Menteri ke China kali ini penting bagi mengukuh dan meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua negara.

"Penyertaan Perdana Menteri dalam forum BRF ini juga memberi peluang untuk beliau mengetengahkan idea khususnya untuk memastikan inisiatif OBOR secara langsung memberi manfaat kepada Malaysia," katanya.


INFO

Inisiatif OBOR

* Bertujuan mempertingkatkan pembangunan infrastruktur, memudahkan aliran barangan dan modal serta memupuk kerjasama perniagaan, kewangan, budaya, hubungan manusia dan bidang utama lain antara hampir 60 negara yang terbabit.-BHOnline malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Malaysia, China Meterai 3 MoU

Sekianlah artikel Malaysia, China Meterai 3 MoU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia, China Meterai 3 MoU dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/malaysia-china-meterai-3-mou.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :