link : 200 Lagi Pekerja Cathay Pacific Diberhentikan
200 Lagi Pekerja Cathay Pacific Diberhentikan
HONG KONG: Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific Airways Ltd (Cathay Pacific) merancang mengurangkan 200 lagi pekerja selepas 600 kakitangan diberhentikan baru-baru ini.
Akhbar The South China Morning Post, hari ini melaporkan langkah itu bertujuan mengekalkan keuntungan dan diumumkan sehari selepas Cathay Pacific mengurangkan 600 pekerja yang bertugas di ibu pejabatnya.
Ia membabitkan 25 peratus kakitangan pengurusan dan 18 peratus bukan pengurusan.
Pengurangan itu adalah yang terbesar pernah dilakukan syarikat terbabit dalam tempoh dua dekad.
Akhbar itu yang memetik sumber syarikat terbabit berkata, semua 200 pekerja itu adalah membabitkan kakitangan baharu, susulan keputusan penstrukturan semula dibuat pada akhir tahun ini.
Keputusan itu adalah yang pertama dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun program penyusunan semula seperti yang diumumkan oleh syarikat itu tahun ini.
Sementara itu, Cathay Pacific tidak memberi maklum balas ketika diminta untuk mengulas. - Reuters
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel 200 Lagi Pekerja Cathay Pacific Diberhentikan
Sekianlah artikel 200 Lagi Pekerja Cathay Pacific Diberhentikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 200 Lagi Pekerja Cathay Pacific Diberhentikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/200-lagi-pekerja-cathay-pacific.html