Kakitangan, Pegawai JASA Diingatkan Ambil Iktibar Jangan Lena

Kakitangan, Pegawai JASA Diingatkan Ambil Iktibar Jangan Lena - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kakitangan, Pegawai JASA Diingatkan Ambil Iktibar Jangan Lena, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kakitangan, Pegawai JASA Diingatkan Ambil Iktibar Jangan Lena
link : Kakitangan, Pegawai JASA Diingatkan Ambil Iktibar Jangan Lena

Baca juga


Kakitangan, Pegawai JASA Diingatkan Ambil Iktibar Jangan Lena



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kakitangan dan pegawai JASA tidak terus selesa dibuai mimpi dengan kemenangan besar dicapai Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU-11) 2004 yang lalu.

Sebaliknya, beliau mahu mereka terus membantu kerajaan BN memperkuatkan jentera parti seterusnya memenangi PRU-14 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa.

“Pada PRU-11, kita mencapai kemenangan besar ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga berlakulah istilah disebut ‘ghanimah’ iaitu merebut harta rampasan perang.

“Kita sebenarnya terlupa itu semua adalah ujian daripada Allah SWT. Justeru, saya meminta kakitangan JASA serta semua pemimpin BN supaya mengambil iktibar yang kita pernah terpukul sebanyak dua kali iaitu pada PRU-12 dan PRU-13,” katanya.

Dalam ucapannya Zahid turut mengumumkan kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula status kontrak pegawai perkhidmatan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Jasa (JASA) daripada tempoh setahun kepada dua tahun.

Selain itu katanya kerajaan juga akan mempertimbangkan keperluan untuk menetapkan elaun bulanan RM300 kepada kakitangan kontrak JASA yang bersara selepas berkhidmat lebih 15 tahun, tetapi tidak menerima kelayakan bersara.

“Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan dan peranan pegawai dan kakitangan JASA kerana merekalah yang banyak menyumbang kepada kekuatan kerajaan yang memerintah hari ini.

“Bagaimanapun, bagi menyokong semua cadangan Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mereka perlulah mendapat kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbincang mengenai tuntutan kakitangan kontrak,” katanya. - BNBCC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kakitangan, Pegawai JASA Diingatkan Ambil Iktibar Jangan Lena

Sekianlah artikel Kakitangan, Pegawai JASA Diingatkan Ambil Iktibar Jangan Lena kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kakitangan, Pegawai JASA Diingatkan Ambil Iktibar Jangan Lena dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kakitangan-pegawai-jasa-diingatkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :