250 Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan Di Sabah

250 Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan Di Sabah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 250 Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan Di Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 250 Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan Di Sabah
link : 250 Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan Di Sabah

Baca juga


250 Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan Di Sabah


TAWAU: Polis Sabah menyelamatkan 250 mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negeri ini sepanjang tahun ini. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata ia membabitkan 60 mangsa pemerdagangan orang serta 190 mangsa penyeludupan migran yang dibawa masuk untuk bekerja sektor seperti perkhidmatan, perladangan selain eksploitasi seks. 

Dalam tempoh sama, katanya, seramai 19 individu disyaki dalang pemerdagangan orang, selain 42 tekong bot termasuk mereka yang membawa masuk migran ditahan. 

"Sabah negeri paling banyak membuat tangkapan berkaitan pemerdagangan orang dengan kebanyakan kes dikesan di pantai timur negeri ini memandangkan kita berdepan cabaran pesisiran pantai yang luas dan panjang. 

"Antara mangsa diselamatkan adalah kanak-kanak berusia 11 hingga 13 tahun yang bekerja di kedai makan dan premis cuci kenderaan," katanya selepas penutupan Bengkel Pemberitaan Pemerdagangan Manusia di sini, hari ini. 

Bengkel itu dianjurkan Institut Akhbar Malaysia (MPI), Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Majlis Anti-Pemerdagangan Manusia dan Anti-Penyeludupan Migran (MAPO). 

Bengkel kali ketujuh yang berlangsung selama tiga hari sejak Selalu lalu disertai 45 wartawan media cetak dan elektronik dari Semenanjung, Sabah serta Sarawak. 

Terdahulu dalam ucapannya, Ramli berkata, walaupun Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat berhubung Pemerdagangan Orang (TIP) menunjukkan Malaysia kini berada pada Tier 2, kerjasama pelbagai masih perlu dipertingkatkan. 

Katanya, di sinilah media memainkan peranan penting melaporkan berkaitan ancaman penyeludupan manusia, selain memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung usaha menanganinya. 

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) serius memerangi penyeludupan manusia, namun kita memerlukan bantuan pelbagai pihak. 

"Masyarakat kena mengubah sikap bahawa usaha menangani kegiatan jenayah ini bukan hanya terletak pada polis sahaja, sebaliknya semua pihak seperti pihak berkuasa, swasta, media dan orang ramai," katanya. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 250 Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan Di Sabah

Sekianlah artikel 250 Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan Di Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 250 Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan Di Sabah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/250-mangsa-pemerdagangan-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :