4 Suspek Bom Pasar Raya Di Pattani Dikenal Pasti

4 Suspek Bom Pasar Raya Di Pattani Dikenal Pasti - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 4 Suspek Bom Pasar Raya Di Pattani Dikenal Pasti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 4 Suspek Bom Pasar Raya Di Pattani Dikenal Pasti
link : 4 Suspek Bom Pasar Raya Di Pattani Dikenal Pasti

Baca juga


4 Suspek Bom Pasar Raya Di Pattani Dikenal Pasti


PATTANI (Thailand): Pihak berkuasa Thailand sudah mengenal pasti empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pengeboman sebuah pasar raya di daerah Muang di sini, dua hari lalu, yang mencederakan 69 orang termasuk tiga parah. 

Ketua Polis Pattani Mejar Jeneral Piyawat Chalermsri berkata, keempat-empat suspek dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

"Keempat-empat suspek yang dikenal pasti adalah dua lelaki yang menaiki trak pikap membawa bom untuk diletup di pintu hadapan pasar raya dan dua lelaki menunggang motosikal di luar pasar raya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Katanya, seorang daripada suspek yang berumur 25 tahun memiliki waran tangkap atas kejadian serangan terhadap kapal nelayan serta kes letupan bom di hadapan Masjid Pattani tahun lalu serta satu kes keganasan pada 2006. 

Menurut pihak keselamatan selatan Thailand, sejurus meletakkan trak pikap berisi bahan letupan di pintu masuk pasar raya itu, kedua-dua suspek melarikan diri dengan membonceng dua motosikal yang sedia menunggu di luar pasar raya itu. 

Mengenai pemilik trak pikap yang digunakan dalam kejadian serangan bom itu, pihak keselamatan berkata mayat peniaga khemah itu yang dikenal pasti sebagai Nuson Khajondam telah ditemui di Kampung Kopok, daerah Nongchik di Pattani, lewat petang ini. 

Sementara itu, kira-kira 1,000 kakitangan awam termasuk anggota polis dan tentera berarak di jalan raya di hadapan pasar raya terbabit membawa pelbagai sepanduk membantah insiden keganasan itu. 

Perarakan bermula 8.30 pagi waktu tempatan itu diketuai Ketua Pejabat Daerah Muang Chaiyaporn Niyomkaew, yang merayu supaya dihentikan segala perlakuan ganas membabitkan orang awam tidak berdosa. 

Pejabat Sheikhul Islam Thailand turut mengeluarkan kenyataan mengutuk kejadian pengeboman itu dengan membidas tindakan yang mencederakan orang awam itu adalah suatu perbuatan tidak berperikemanusiaan. 

Pejabat itu juga meminta semua pihak tidak menggunakan kekerasan di selatan Thailand dan kerajaan mencari jalan untuk melindungi orang awam. - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 4 Suspek Bom Pasar Raya Di Pattani Dikenal Pasti

Sekianlah artikel 4 Suspek Bom Pasar Raya Di Pattani Dikenal Pasti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 4 Suspek Bom Pasar Raya Di Pattani Dikenal Pasti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/4-suspek-bom-pasar-raya-di-pattani.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :