link : Larian Baton Tiba Destinasi Sabtu Ini
Larian Baton Tiba Destinasi Sabtu Ini
KUALA LUMPUR: Larian Baton Bangkit Bersama sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL2017) bakal tiba di destinasi terakhir di Singapura pada Sabtu ini.
Bermula pada 5 Mac lalu, larian baton ini menjelajah ke sembilan buah negara peserta bermula di Brunei Darussalam sebelum tiba di Singapura.
Baton akan diserahkan kepada delegasi Malaysia ke Singapura diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Turut mengiringi Khairy ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Lokman Hakim Ali serta Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) KL2017, Datuk Seri Zolkples Embong.
Larian Baton Bangkit Bersama di Singapura akan dilepaskan pada jam 9 pagi di SCAPE Playspace dan berakhir di lokasi sama.
Larian sejauh lebih 15 kilometer itu dijadualkan melintasi beberapa bangunan ikonik negara itu seperti Youth Olympic Park, Marina Bay Sands, The Merlion dan Sir Stamford Raffles Statue.
Larian baton di Kota Singa ini juga bakal menyaksikan penyertaan atlet Singapura dan atlet para serta personaliti sukan termasuk pemenang pingat emas olahraga 200m Sukan SEA 2015, Veronica Shanti serta legenda bola sepak, Fandi Ahmad.
Acara di Singapura itu adalah kesinambungan program di Indonesia yang berlangsung pada 30 April lalu.
Sebagai perhentian terakhir, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura, Grace Fu Hai Yien akan menyerahkan semula baton kepada Khairy di KTM Woodlands Train Checkpoint (Woodlands CIQ).
Khairy akan membawa pulang baton itu ke Malaysia menaiki kereta api melalui bandaraya Johor Bahru, Johor yang akan menjadi titik permulaan bagi Larian Obor Kuala Lumpur 2017 pada hari yang sama.
Sebagai negara tuan rumah, penganjuran Larian Baton Bangkit Bersama adalah program julung kali diadakan di dalam sejarah penganjuran Sukan Asia Tenggara.
KL2017 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos 2017 bagi temasya Sukan SEA dan 17 hingga 23 September 2017 bagi Sukan Para ASEAN.
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Larian Baton Tiba Destinasi Sabtu Ini
Sekianlah artikel Larian Baton Tiba Destinasi Sabtu Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Larian Baton Tiba Destinasi Sabtu Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/larian-baton-tiba-destinasi-sabtu-ini.html