40 Penerbangan Di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi Terjejas

40 Penerbangan Di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi Terjejas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 40 Penerbangan Di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi Terjejas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 40 Penerbangan Di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi Terjejas
link : 40 Penerbangan Di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi Terjejas

Baca juga


40 Penerbangan Di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi Terjejas


SINGAPURA: Kira-kira 40 penerbangan di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi terjejas susulan kebakaran kecil yang berlaku di bilik yang menempatkan alat pendingin hawa pada Selasa.

Pihak lapangan terbang berkata mereka akan bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk menyiasat kejadian itu.

Alat penggera berbunyi kira-kira 5.40 petang dan kerja-kerja memindah segera dilakukan.

Dalam satu kenyataan malam tadi, pihak lapangan terbang berkata bagi memastikan keselamatan penumpang dan pengunjung, Terminal 2 telah ditutup dan semua aktiviti ketibaan dan pelepasan pesawat dipindahkan ke Terminal 3.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberi lampu hijau Terminal 2 boleh digunakan kira-kira 10.00 malam pada hari yang sama.

Susulan itu, operasi penerbangan di Terminal 2 berjalan semula dengan beberapa penerbangan menggunakan terminal bekenaan.

Bagi penumpang yang tiba dan berlepas hari ini, pihak lapangan terbang menasihati mereka agar menyemak laman sesawang, aplikasi atau saluran media sosial untuk mendapat maklumat terbaharu.

Menurut maklumat yang diterima pihak lapangan terbang, dua individu di terminal dihantar ke hospital bagi pemantauan setelah mereka mendapat bantuan perubatan daripada kakitangan lapangan terbang.

Empat lagi dibawa ke klinik di Terminal.- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 40 Penerbangan Di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi Terjejas

Sekianlah artikel 40 Penerbangan Di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi Terjejas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 40 Penerbangan Di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi Terjejas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/40-penerbangan-di-terminal-2-lapangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :