link : Moto3: Adam Norrodin Dapat Azimat
Moto3: Adam Norrodin Dapat Azimat
KUALA LUMPUR: Selepas lima bulan berkelana ke luar negara, pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin berpeluang kembali ke tanah air untuk bertemu keluarga, sekali gus menjadi pembakar semangatnya menjelang Grand Prix (GP) Perancis, hujung minggu ini.
Dalam tempoh itu, Adam sudah pun menyertai empat pusingan perlumbaan dengan pencapaian terbaiknya ialah meraih kedudukan penamat ke-10 dalam saingan pembuka tirai musim 2017 di GP Qatar.
Pelumba SIC Racing Team itu bagaimanapun gagal menamatkan perlumbaan Pusingan 4 di GP Sepanyol pada 7 Mei lalu apabila terjatuh ketika saingan berbaki 11 pusingan.
Mujur, insiden itu tidak menyebabkan kecederaan dan sebaik saingan berakhir, Adam terbang ke tanah air untuk bertemu keluarga yang menjadi azimat untuknya mengharungi Pusingan 5 di Sirkit Le Mans, Perancis - litar yang dianggapnya sangat teknikal.
"Selepas beberapa minggu perlumbaan yang sukar, sangat bagus dapat meluangkan masa bersama keluarga saya," kata Adam.
"Saya rasa ia sangat membantu untuk mencari semula tumpuan. Saya berasa kembali segar dan bersedia untuk kembali berlumba!."
Tahun lalu, pelumba 18 tahun itu berdepan kekecewaan di Le Mans - gagal menamatkan saingan selepas terbabas pada pusingan pertama di Selekoh 3.
Mengulas mengenai saingan hujung minggu ini, Adam berkata: "Terdapat terlalu banyak bahagian brek, jadi ia satu cabaran teknikal tetapi saya seronok menunggang di sana.
"Kami perlu kembali yakin untuk bersaing di Le Mans kerana daripada tiga perlumbaan sebelum ini, kami gagal meraih sebarang mata.
Sudah tentu, ia tidak dapat diterima sama sekali. "Saya sudah bersedia untuk berusaha bersungguh-sungguh dan mencari tambahan diperlukan bagi menjadi lebih kompetitif dan mendapatkan keputusan yang lebih baik hujung minggu ini," katanya. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Moto3: Adam Norrodin Dapat Azimat
Sekianlah artikel Moto3: Adam Norrodin Dapat Azimat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Moto3: Adam Norrodin Dapat Azimat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/moto3-adam-norrodin-dapat-azimat.html