80 Pelajar Perempuan Mogok Lapar

80 Pelajar Perempuan Mogok Lapar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 80 Pelajar Perempuan Mogok Lapar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 80 Pelajar Perempuan Mogok Lapar
link : 80 Pelajar Perempuan Mogok Lapar

Baca juga


80 Pelajar Perempuan Mogok Lapar



New Delhi: Kira-kira 80 pelajar perempuan kampung Gothera Tappa Dahena di daerah Rewari, negeri Haryana enggan menghadiri sekolah, sebaliknya mengadakan mogok lapar sejak Rabu lalu, kerana mendesak dinaik taraf sebagai sekolah menengah tinggi.

Menurut pelajar berkenaan, disebabkan sekolah itu tidak dinaik taraf, mereka terpaksa menghadiri kelas di Kanwali yang terletak sejauh tiga kilometer dari kampung mereka menyebabkan mereka sering diganggu lelaki sepanjang perjalanan ke situ.

Mereka turut mengadu perkara itu kepada ketua kampung yang memaklumkan masalah terbabit kepada pihak berkuasa tetapi gagal mendapat sebarang penyelesaian.

Susulan itu, kumpulan pelajar berkenaan nekad menyelesaikan perkara itu sendiri.

Jumaat lalu, kesihatan empat pelajar perempuan yang terbabit dalam mogok lapar itu merosot menyebabkan mereka dimasukkan ke hospital.

“Mereka berdepan masalah pengangkutan dan gangguan sepanjang jalan. Pelajar ini terpaksa berjalan tiga kilometer ke sekolah menyebabkan mereka menjadi mangsa budak lelaki,” kata ketua kampung, Suresh Chauhan.

Pegawai pendidikan daerah itu, Dharamvir Balodia berkata, pelajar berkenaan diberi maklumat salah oleh ketua kampung dan ibu bapa mereka.

“Terdapat peraturan penting yang perlu dipenuhi sebelum sekolah itu dinaik taraf. Sekolah menengah di kampung mereka hanya mempunyai 150 pelajar, jauh kurang daripada yang diperlukan.”

Sementara itu, pegawai polis, Sangeeta Kalia berkata, dia secara peribadi bertanyakan isu itu kepada pelajar perempuan di situ, tetapi tiada seorang pun mengadu diganggu. – Agensi
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 80 Pelajar Perempuan Mogok Lapar

Sekianlah artikel 80 Pelajar Perempuan Mogok Lapar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 80 Pelajar Perempuan Mogok Lapar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/80-pelajar-perempuan-mogok-lapar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :