Abang Pilu Lihat Adik Mati Ditetak

Abang Pilu Lihat Adik Mati Ditetak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Abang Pilu Lihat Adik Mati Ditetak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Abang Pilu Lihat Adik Mati Ditetak
link : Abang Pilu Lihat Adik Mati Ditetak

Baca juga


Abang Pilu Lihat Adik Mati Ditetak

pilu.jpg

KEJADIAN lelaki maut ditetak sekumpulan remaja di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, semalam, disaksikan sendiri abang mangsa namun tidak dapat berbuat apa-apa selain menyorok dalam semak selama lebih setengah jam sebelum keluar mendapatkan bantuan penduduk kampung.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der, 22, dari Jalan Pantai, Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut dikatakan ke kampung itu bersama abang dan seorang rakan untuk berbincang bagi menyelesaikan tuduhan dibuat terhadap mereka.

Menurut abang mangsa, Nik Mud Nek Der, 24, adiknya dituduh membakar motosikal milik ibu seorang daripada suspek pada 19 Jun lalu, di rumah wanita berkenaan.

Kami menegaskan bahawa kami tidak bersalah dan mengesyorkan kepada suspek membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan penerangan kami.

Ketika itu suasana menjadi tegang dan kira-kira 15 orang rakan suspek yang datang ke rumah itu, mula campur tangan.

Bila keadaan menjadi kalut, saya ajak adik dan rakan melarikan diri melalui pintu belakang.

Kami dikejar kumpulan remaja yang membawa pedang hingga ke dalam semak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut, hari ini.

Menurutnya, ketika melarikan diri, nasib tidak menyebelahi adiknya kerana tidak dapat berlari laju akibat kecederaan lutut lalu jatuh di satu kawasan semak sebelum ditetak sekumpulan lelaki berkenaan, katanya.

“Dari jarak kira-kira 50 meter saya dapat lihat adik ditetak hingga membawa maut. Saya sempat menyorok dalam semak untuk menyelamatkan diri selama lebih setengah jam sebelum keluar mendapatkan bantuan penduduk kampung,” katanya sebak.

Nik Mud terkilan tidak dapat membantu adiknya namun ketika kejadian, dia tidak membawa telefon bimbit untuk memohon bantuan.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Besut selepas Asar, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dan menjangka dapat menangkap semua suspek tidak lama lagi.

Sumber: Harian Metro

Sumber: sehinggit

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Abang Pilu Lihat Adik Mati Ditetak

Sekianlah artikel Abang Pilu Lihat Adik Mati Ditetak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Abang Pilu Lihat Adik Mati Ditetak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/abang-pilu-lihat-adik-mati-ditetak_23.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :